Skip to main content

AKAUN SIMPANAN EMAS (Maybank & KFH Gold-i)

Salam semua buat yang sudi singgah blog saya.

Kali ini saya nak share sedikit info tentang Akaun Simpanan Emas Maybank dan juga Kuwait Finance House (KFH). Umumnya sekarang ada 4 bank yang menawarkan pelaburan Akaun Emas iaitu  Maybank, Public Bank, Kuwait Finance House dan CIMB. Tapi sebab saya cuma ada experience invest dlm Akaun Emas Maybank & KFH shj, so saya just share pasal dua Akaun Emas ni je la.  Antara kesemua bank tersebut hanya Kuwait Finance House (KFH) yang yang dapat saya pastikan ianya adalah patuh syariah (Islamic Investment) kerana KFH menawarkan emas fizikal dan bank lain adalah konvensional kerana hanya beli emas atas kertas(beli emas dan bank akan update jumlah gram dlm buku akaun emas) 

Akaun Simpanan Emas Maybank


Maybank adalah antara bank terawal yang menyediakan akaun pelaburan emas. Emas yang dijual emas 24K (999.9). Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran. Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram. Saya memulakan pelaburan emas saya melalui Akaun Simpanan Emas Maybank, Tetapi saya telah pun menutup Akaun Emas ini dan beralih kepada KFH Gold Account-I atas sebab-sebab tertentu ( KFH islamic investment..hehe)
Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?

Harga harian emas Maybank boleh dirujuk di laman web Maybank yang akan dikemaskini harganya setiap hari.


Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram. Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan. (Sekarang subsequent purchase dah boleh 1 gram kot. Sila conform dgn bank). Untuk urusan juak beli emas, hanya boleh dilakukan dikaunter sahaja. Berbanding dgn KFH kalau saya nak top up emas saya just call saje dan pegawai KFH akan top up  belian emas menerusi saving account saya. Tapi kalau nak jual kena la pergi kaunter. Biasanya harga emas di Maybank akan di ubah lebih kurang 3 kali sehari iaitu pagi, tgh hari dan petang.

Pengeluaran emas fizikal.
Sebelum ini, pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram dan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal. Tapi kalau tak silap saya pada pertengahan 2011 Maybank dah ubah polisi yang mana pihak bank tidak lagi menawarkan pengeluaran emas fizikal. Pemegang hanya boleh beli berapa jumlah gram yang mahu dan jumlah baru akan dikemaskini dalam Maybank passbook account.

Kelebihan Maybank Gold Saving:
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Cawangan tidak terhad. (Mana-mana pun ada Maybank)

Kelemahan Maybank Gold Saving:
1. Ianya adalah konvensional.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

Ok now kita story Akaun Simpanan Emas KFH plak. 


KFH Gold Account-i.

PENYATA AKAUN EMAS KFH
Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i). KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.  Pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan. Pihak KFH akan memberikan pelaburnya Penyata Akaun untuk rujukan dan boleh dikemukan pada pihak bank sekiranya pelabur ingin menuntut emas fizikal drpd pihak bank. 


Jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki. Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0 Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia. (p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)


Harga Emas KFH Gold Account-i
Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH. 

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-I. Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 5 gram emas. Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun. (contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja).

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram (sekarang minimum belian tambahan dah 1 gram kot. Sila cek dgn bank) . Dan yang menariknya kalau nak tambah saya hanya perlu call Pegawai berkenaan dan pihak bank akan auto debit saving account saya untuk pembelian emas tersebut. So saya tak perlu datang ke bank untuk beli emas,tapi make sure ada duit dlm akaun simpanan tu. Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa. Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal 10 gram..saje nak pegang..hehe. Jadi saya diberikan 10 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 5 keping), bergantung pada stok emas fizikal yang ada di bank tersebut.

Emas fizikal KFH Gold Account-i (5g dan 1g)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini. Saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok
Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM6 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.


Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli emas dengan kaedah ini pun ok juga. Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas. 

Comments

  1. tmpng tnya, sya berminat nak bukak akaun, tp tk tau mcm mna nak bkk akaun KFH tu, kena ade emas dlu ke bru boleh bka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous..maaf lewat respon ye.laptop saya problem..nak bukak akaun kfh tak perlu ada emas...sediakan duit secukupnye saje utk buka minimum deposit emas..dulu masa saya buka akaun..minimum deposit 10 grm..now maybe dah turun minimum 5 gram saje. Tapi cek la rate emas dekat website kfh dulu..now ni rasanye sesuai sangat nak bukak akaun sbb harga emas tgh turun...selamat menabung emas ye..

      Delete
  2. Tumpang tanya, kan di KFH minimum 10g emas, tp hanya boleh bawak keluar 8g. So, yang balance 2g tu sampai bila2 xboleh keluar kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..baki lagi 2 gram tu boleh dikeluarkan bila anda bercadang nak tutup akaun terus..sbb 2 grm tu adalah syarat baki yg perlu ada dlm akaun Gold-i

      Delete
  3. salam.. nak tanye, klu KFH 1g = buy:rm160, =sell:rm168 kire mahal ke murah ye sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...now saya rasa mmg waktu sesuai kalu nak beli sbb harga tgh rendah & saya jangkakan after Chinese New Year ni maybe price akan naik semula..so cepat la amik peluang utk beli waktu harga tgh rendah ni..always perhatikan harga dekat kitco.com kalu perasan ada penurunan harga yg mendadak more than 5% dari harga sebelumnya..mean..it's a correct time to buy..and kalu harga mendadak naik more than 10% mean it's a correct time to sell ur gold..selamat melabur

      Delete
  4. Klau sye x nak laburkan emas....tetapi laburkan duit boleh ker....mohon pertolongan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buka akaun emas di KFH..bermakna..kita beli emas di KFH dgn duit,then emas tu bole simpan je di KFH @ nak bwk balik pun bole. Konsepnye sama je mcm anda simpan duit dlm akaun simpanan cuma bezanye now..anda simpan duit dlm bentuk emas...bila anda rasa nak guna duit..pergi KFH dan jual la brp grm yg anda mahu coth kalu nak duit 1000..jual la jumlah grm yg bersamaan RM1000. Tp kalu nak melabur duit..dgn duit.. labur dlm UNIT TRUST @ tabung haji @ ASB @ fix deposit la

      Delete
  5. Salam.just nk tnye kfh de buat utk pajak skali x? Means dat kte bli emas kt kfh n pajak blk kt kfh mcm arrahnu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFH belum buat bisnes pajak lg la...cuma jual dan beli emas je..

      Delete
  6. SAYA NAK BELI KFH....CAWANGAN MANA YANG PALING DEKAT DENGAN UNIVERSITI MALAYA????

    sebab apa spread untuk KFH sekarang sangat besar?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la google. soalan ni pun nak tanya =.="

      Delete
    2. sapa la yg jwb soklan ni??? staf company ni gk ker?? jawab la elok2 skit...org tu bertanya..

      Delete
  7. Kpd yg brminat pelaburan emas sec on9 blh bg num phone di email sy masturaptmega@yahoo.com. supaya phk mnagemnt cll tok beri keterangn lbh lanjut. TQ

    ReplyDelete
  8. Hari ni sya lihat spread jual beli di KFH ialah rm 12. Erm agak tinggi, apa komen saudari

    ReplyDelete
  9. Yg penting harga tgh murah skrg...so, beli jela,...hehehe

    ReplyDelete
  10. assamualaikumm ada tak harga emas KFH yg sebelum2 ni mcm kijang emas boleh tengok 5 thn sudah.kalau ada blog2 yg update tiap2 hari..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...tertarikh dgn artikel ini...utk makluman sy mempunyai akaun emas maybank. pada masa ini, pihak maybank telah menurunkan had minima utk memulakan simpanan iaitu 1gm...kpd mereka yg mempunyai akaun maybank, urusan jual beli emas anda lg mudah pd masa ini kerana semua urusan boleh dilaksanakan melalui maybank2u...cuma pd yg br nk mula simpan tu kena g mana2 cwg maybank la ekk...sekian, sedikit info yg sy bole kongsikan...

    ReplyDelete
  12. salam. saya baru teringin nak memulakan pelaburan emas dan modal yang ada dalam tangan saya sekarang ialah rm 2,000. boleh bagi tips apa yg saya boleh beli dan labur dengan rm2,000 tu?

    ReplyDelete
  13. aslm..adakah plburn emas mybnk trtkluk di bwh FGJAM.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Di KFH ade tak akaun silver?

    Terima kasih

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingga 70

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100. Su

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m

CARA MENGIRA SUSUT NILAI EMAS (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam semua. For this entri..saya nak sambung share dgn anda tentang tips nak trade in emas @ cashkan emas anda. For those yg belum baca Part 1(klik Sini) ,sila baca dulu..sebab pengiraan kita kat bwh nanti..adalah sambungan dari contoh kiraan saya dalam Part 1. Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat Berdasarkan pengiraan saya pada entri part 1, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.  Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195 Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020 Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai) Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 175