Skip to main content

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERLIBAT DGN EMAS

Kesedaran saya tentang emas ni bermula agak lambat. 

Waktu harga emas dah cecah RM130 ++. But still affordable for me to have it as an investment. I started my gold journey on November 2010 with Maybank Gold Account Passbook with initial deposit 15gram with price RM 137.75 per gram..dah mahal kan?? Tapi sekarang (2012) lagi mahall!!! 





Then January 2011 harga emas turun sikit jadi RM 131.80 per gram. So saya ambil peluang ni utk top up gram emas saya dan harga emas saya akan dikira berdasarkan "averaging cost". Contoh :      

belian pertama= 2066.25 (137.75 x 15grm)    
belian kedua   = 6590 ( 131.8 x 50grm) 
Harga purata per gram = RM 133.17 per grm ((2066.25+6590)/ (15+50) )

Dan..tak sampai setahun..harga emas melonjak naik(sekitar bulan Ogos 2011) Dari purata per gram semasa saya beli RM133.17..harganye telah pun mencecah RM 179. Saya untung RM 46 ringgit untuk setiap gram. Nilai untuk  65 gram emas saya telah meningkat dari RM 8656.05 kepada RM 11,635. 

Tak sampai setahun saya untung +_ RM 3000..saya dah boleh jual emas saya untuk ambik untung tu...tapi tak perlu jual semua ye... just jual nilai keuntungan saje. Bermula dari situ...saya mula kumpul segala maklumat tentang pelaburan emas.  

Alhamdulillah suami saya juga tiba-tiba turut berminat selepas melihat keuntungan saya invest dlm emas ni. Tetapi fokus saya masih lagi pelaburan melalui Akaun Simpanan Emas Maybank. Sehinggalah satu hari seorang sahabat ibu saya datang ke rumah..dan bercerita tetang teknik pelaburan emas Arrahnu. Saya dan suami agak teruja..dgr cerita beliau  yang bgtau macam mana beliau dpt keuntungan hanya dengan overlap Arrahnu. Pada asalnya beliau hanya memajakkan barang kemasnya atas sebab terdesak nak pakai duit.  

Setelah 6 bulan beliau memajakkan emasnya, pihak bank pun call untuk remind yg tempoh gadaian beliau sudah tamat. Beliau perlu menebus emas tersebut dan byr upah simpan sekiranya beliau mahukan emas-emas  yang digadaikan. Di pendekkan cerita, beliau pun pergi ke bank untuk extend lagi tempoh gadaian. Tetapi dlm masa 6 bulan tu, nilai emas yg dipajakkan telah pun meningkat dari nilai emas sewaktu beliau mula2 pajakkan emas tersebut. Jadi beliau cuma perlu memperbaharui surat gadaian dgn harga gadaian baru.

Dan dgn harga baru itu sekaligus dpt overlap harga gadaian sebelumnya dan selepas ditolak upah simpan oleh bank… beliau masih boleh dapat cash dari bank. Sehinggi kini, hampir 5 tahun beliau tak pernah menebus emas yg dipajak, hanya sekadar memperbaharui surat gadaian apabila berlaku kenaikan harga, dan ambil cash dari bank hasil dari keuntungan nilai gadaian baru tersebut. Untuk info lanjut berkenaan overlap ini boleh baca artikel di page Tentang Emas(Teknik Overlap Arrahnu.Sila Klik).

Start dengar story beliau saya dan suami pun google la pasal ni. And mmg ada pun saya jumpa, artikel2 berkaitan overlap Arrahnu. 
Bila dah byk dpt info pasal emas ni …saya start google & cari produk2 berkaitan emas pelaburan dan cari harga yang paling kompetetif.  Untuk langkah pertama, saya pajakkan barang kemas milik saya sendiri(lebih kurang 100grm), dan dgn itu saya dapat pinjaman dari Arrahnu sebanyak RM14,250 (Dah pun saya tebus bulan Januari 2012 tu..heheh). 

Waktu saya pajak tu, harga emas mmg tgh tinggi. Duit tu saya hold dulu dan tunggu hingga harga emas jatuh. Berdasarkan pemerhatian saya, harga emas akan jatuh menjelang Deepavali @ krismas @ Chinese New Year. So bila saya tgk harga emas jatuh menjunam saya pun buat belian emas fizikal saya yang pertama. Saya start dgn beli barang kemas 999 Sri Ayu. Then saya pajakkan brg kemas ni, saya top up KFH Gold Account-I saya, beli Goldbar, Dinar dan buat modal bisnes barang kemas(kecil-kecilan). 

Kesemua emas ni saya beli ketika harganya mmg tgh cantik dan rendah. Alhamdulillah rezeki dari Allah, juga dgn kerjasama Suami yang bagi saya info untuk analisis teknikal harga emas…saya dapat buat belian pada waktu yang tepat.

Idea nak buat bisnes ni pulak datang dari husband yang bg cadangan sambil2 saya kumpul2 emas tu, apekata sambil2 bisnes jugak. Bukan rugi pun..sebab nilai emas ni akan sentiasa naik dan cantik plak tu. Kalau tak percaya..cubalah bawa barang kemas anda yang ada dan tanya kedai @ pajak gadai..berapa nilainya..sama tak dgn nilai yg anda beli dulu. Lagi pun saya rasa daripada anda habiskan duit yang ada beli Blackberry @ Gucci @ LV @ Coach @ apepe la yg sewaktu dgnnya..anda mesti igt kesemua brg ni akan susut nilai @ mungkin takde nilai bila dah lama nanti. 

Kalau terdesak pun anda tak boleh nak jual @ gadai semudah anda jual @ gadai emas. Emas ni boleh jual kat kedai emas, pajak kat bank @ jual je semula pada dealer emas anda.

Lagi satu, saya fikir..nak beli harta lain macam rumah @ tanah perlu modal yang besar, dan loan yang besar juga amaunnya. Sebijik rumah pun loan sampai 20~30 thn. Tapi kalau emas, saya boleh beli dan tambah sikit2 jadikan harta. Nilainya pun akan sentiasa meningkat. Lagipun emas juga mudah nak dibahagikan antara anak2 saya, tak perlu prosedur2 yang menyusahkan. Tapi kalau tanah @ rumah @ kereta byk prosedur leceh yg perlu dilakukan untuk buat pembahagian. (Exspecially kalau something happen dan hakmilik blm tukar nama). Boleh makan masa sampai 3~4 bln.

Lagi satu sebab terpenting saya boleh terlibat dgn emas ni, apabila satu ketika saya dan suami nak beli barang kemas kat kedai “WAH CHAN” masa tu. Dan sales person tu cerita la pada saya dan suami, tentang kenaikan harga emas ni. Beliau sendiri telah mula menyimpan jongkong emas sejak dibangku sekolah lagi, kerana sawaktu beliau sekolah(sekolah Cina), dlm subjek Ekonomi sememangnya diajar tentang betapa pentingnya simpan emas ni. Ianya boleh digunakan untuk beli rumah, buat modal bisnes dan byk lagi. So saya fikir kalau cina ni pun dah simpan dari sekolah lagi..kenapa aku tak nak simpan..kan???

And now Alhamdulillah hasil perkongsian saving saya dan suami juga duit hasil pajak emas, dptlah suami saya jadi dealer dan beli sikit2 stok brg kemas Semoga info2 ni dpt membantu sesiapa sahaja yg ingin memulakan pelaburan emas ini.

Comments

  1. bacaan yg sgt sgt menarik, terima kasih kerana berkongsi. sedikit sebanyak saya dpt memahami urus niaga emas ini.

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100. Su

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingga 70

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m

BELANJA DUIT BELI EMAS, BERBALOI KE?

Bismillahirrahmanirrahim... Salam buat semua... Malas nak mukaddimah panjang, direct je...nak ajak orang berfikir..berbaloi ke belanjakan duit kita beli emas. Definitely lah berbaloi sgt kan. Memang la sekarang harga emas mahal..dan ramai yang akan kata: 1)Mahalnye harga sekarang, tak larat nak beli 2)Takde duit nak beli lebih baik simpan 3) Beli pun perempuan je yang pakainye..buat ape.. 4) Emas yg ada pun dah byk, tak larat nak pakai Okey sila betulkan mindset anda pada sesiapa yg ade kata2 dlm 4 senarai kat atas tu. Silap sama sekali kalau anda masih nak berkira2 untuk belanjakan sebahagian duit untuk emas. Kenapa?? Sebab.... 1) Anda  keluar duit beli emas, tak bermakna duit anda habis ye, tapi sebenarnya anda dah simpan duit tu..cuma simpan dalam bentuk emas, wlwpun sekadar cincin, loket @ gelang tangan ia tetap bernilai. Kalau anda nak guna duit..anda boleh je pajakkan emas di Arrahnu atau pun jual je dekat org yg beli emas terpakai @ kedai emas dah boleh d