Skip to main content

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum...

Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai.

Arrahnu Bank Rakyat
Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank). 

Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingga 70%  nilai pinjaman untuk pajakan kedua dan seterusnya. Apa yang saya sangat suka berurusan dgn Arrahnu Bank Rakyat ialah, pembayaran ansuran boleh di lakukan di mana-mana cawangan dan boleh juga menerusi mesin deposit tunai. So saya boleh buat bayaran tanpa perlu datang ke kaunter dan pada bila2  masa yang saya mahu. Nak refer rate emas pun senang, just refer pd official web ArrahnuXchange saja dan rate ini berubah setiap hari ikut harga emas dunia.  Boleh dapatkan harga harian BR seawal jam 9.30 pagi di http://www.arrahnuxchange.com.my

Cuma yang tak bestnya bila saya buat urusan pajak emas, emas saya tu selalunya di "downgrade",contoh macam emas 999, pajak jd emas 950, 916 jd 875@ 835 kadang2 turn sampai 750.

Arrahnu Xchange
Arrahnu Xchange  sebenarnya adalah hampir sama dengan Arrahnu Bank Rakyat. Cuma bezanya Arrahnu Xchange ni adalah dibawah pengurusan anak syarikat Bank Rakyat iaitu RMS ( Rakyat  Management Service). Biasanya Arrahnu Xchange ni adalah franchise di bawah Bank Rakyat yang mana cawangan-cawangan  Arrahnu ini di uruskan oleh koperasi atau badan tertentu, contoh (Kowamas, Koperasi Moccis, NSTP). 

Fungsi dan servis yang ditawarkan adalah sama, cuma berdasarkan pengalaman saya pengurusan adalah tertakluk dibawah koperasi yang menguruskan franchise cawangan tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, antara kelebihan Arrahnu Xchange adalah,emas yang dipajak di cawangan yang diuruskan oleh koperasi-koperasi ini biasanya tidak di "downgrade" kan. Contohnye transaksi pajak gadai saya di Arrahnu Xchange cawangan Sri Rampai yg diuruskan oleh Koperasi Moccis, saya pajak emas 999, dan mesin penimbang dapat bacaan 999. So pendapat saya ini adalah satu kelebihan  berbanding Arrahnu Bank Rakyat.

Walaubagaimana pun, nilai pinjaman maksima yang di tawarkan biasanya hanya sehingga 65% peratus sahaja dari nilai marhun, wlwpun kita sudah lebih dari sekali berurusan dgn mereka. Bayaran untuk penebusan hanya boleh dilakukan di cawangan dimana urusan pajak gadai tersebut dilakukan berbanding Bank Rakyat, nilai pinjaman adalah sehingga 70% dan pembayaran ansuran boleh dilakukan di mana-mana cawangan bank rakyat atau boleh juga menggunakan cash deposit machine sehinggalah bayaran selesai dan boleh tebus semula emas di mana urusan pajak gadai di lakukan.


Agro Bank
Saya tak pernah berurusan dengan Arrahnu Agro Bank, sbb susah nak dapat rate pajak Agro Bank. Selain itu, cawangan Agro Bank pun terhad. Biasanya rate Agro Bank berdasarkan  harga siling yg telah dikira oleh pihak Agro Bank sendiri. Harga ini di tentukan berdasarkan trend semasa dan pattern pasaran. Harga ditetapkan pada satu titik silang dan akan kekal sehinggalah berlaku perubahan pd trend harga dan harga siling di nilaikan semula.Di sebabkan itu harga mereka statik sepanjang 4-5 bulan. So kena rajin juga la pergi ke Agro Bank utk dptkan info harga semasa. (dlm website tak ada). Nak buat ansuran payment pun tak semudah macam Arrahnu Bank Rakyat :). And now Agro Bank dah keluarkan syarat baru untuk sesiapa yg berminat nak pajak emas di Agro Bank

Syarat2nya:

1. Syarat limit pinjaman ikut umur.... cth limit maks pinjaman RM10k sebulan
2. Maksimun pinjaman 60%
3. ***GELANG TANGAN DAH TAK TERIMA hanya terima rantai tangan
4. BERAT ITEM ANTARANYA:
- RANTAI LEHER - tak lebih 35g
- RANTAI TANGAN - tak lebih 25g
- RANTAI KAKI - tak lebih 15g
- loket/cincin/subang - tak lebih 5g
5. wajib buka akaun bank-pinjaman akan masuk direct
6. Boleh buat ikut lokasi terdekat & satu cawangan sahaja
7. Resit belian - Takde resit, boleh pinjam maks 40% sahaja

Yang bestnya Ar Rahnu Agro Bank ni, nampak mcm tiada istilah downgrade utk emas lama. Proses pun senang. Cuma kekurangan pd harga sebab di lock pd satu harga dlm satu tempoh, dan limit berat untuk sesuatu item. Buat masa ni, saya lebih prefer Bank Rakyat la, sebabnya boleh pajak tak kira berapa pun berat item tu, cawangan pun banyak, nak byr ansuran pun senang.

Arrahu Yapeim
Saya tak pernah berurusan dengan Yapiem sebab cawangan pun tak banyak, susah nak cari yapiem ni. Cuma apa yang saya tahu, nilai gadaian Yapeim hanya sehingga 50% sahaja.Tapi dengarnya prosesnya agak senang, tak perlu resit, dan emas pun tak di downgrade kan. Rate Yapiem juga berubah setiap hari, tapi kalau tak salah pemerhatian saya, rate Yapiem agak rendah sedikit berbanding Arrahnu lain ( correct me if I'm wrong). Cara nak byr pun saya tak pasti, samaada boleh ke ansuran tu di byr macam Bank Rakyat. Saya akan update info Yapiem later sekiranya saya dapat info2 terkini tentang Yapiem

Kesimpulan :

Berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, saya rasa Bank Rakyat adalah pilihan saya sbb, cawangannya senang nak cari, bleh pinjam sehingga 70%, tiada limit utk sesuatu item,proses bayaran ansuran yg mudah. Pilihan anda bagamana???

ARRAHNU INFO LATEST UPDATE

Nak share info sikit..terjumpa masa saya jalan2 dalam forum berkenaan max loan setiap Arrahnu
  • Ar rahnu xchange max loan 50k
  • Ar rahnu pos 70k (pejabat pos pun dah buat Arrahnu)
  • Ar rahnu agro 150k
  • Ar rahnu bank rakyat 50k
  • Ar rahnu yapeim 25k
Satu lg  info...sekiranya kita buat gadaian Arrahnu yg under koperasi..nama tak tersenarai dalam CCRIS, unless kalau kita buat gadaian di Arrahnu under bank, Coth  Agro Bank & Bank Rakyat. So pilih lah Arrahnu selain dari bank supaya nama takde dlm CCRIS. Wallahua'lam. Sesiapa ada info lg sila komen di ruangan komen di bawah dan sesiapa yang dah pernah buat dgn Arrahnu @ POS boleh share jugak.TQVM.Uols boleh juga baca komen bloggers kat ruangan komen ye. Komen yang sangat berguna infonya.

Comments

  1. ala..upah simpan tak der perbandingan ker?

    ReplyDelete
  2. upah simpan tak dapat ler..biasa buat bank rakyat jer..but some freinds cakap..Yapiem upah simpan murah jgk

    ReplyDelete
  3. Saya pernah berurusan dgn 3 Arrahnu.1.bank rakyat, yapeim n kowamas.pada saya Arrahnu bank rakyat n Kowamas yg berada di bawah Bank rakyat ambil murah sikit berbanding dengan Arrahnu Yapiem.contohnya pada 17.5.13 saya call Bank rakyat n Kowamas mereka beli emas dengan harga rm138 segram n arrahnu Yapiem rm140/gram.saya bertanya pada ketiga2arrahnu samada menerima dinar emas untuk digadai, hanya kowamas yg terima dinar emas utk digadai.oleh sebab saya nak gdaikan dinar emas saya pilih kowamas.surat pajak gadai kowamas lambangnya arrahnu bank rakyat.di kowamas n yapiem harga emas kita xsusut.di yapiem juga kita boleh buat ansuran utk bayaran seperti di bank rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM sebab sudi share pengalaman kat sini..most welcome to others yang ada pengalaman lain juga...

      Delete
  4. Kalau sesiapa ada info ttg pendapat ni:. Gadaian emas di Ar Rahnu bank rakyat/agrobank/ yapeim akn buat nama kita akan dimasukkan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS). Hal ini akan menjadikan kita disenarai hitam dalam sistem perbankan. Kalau kita nak buat loan perumahan di mana2 bank, mesti ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info yg salah dan mengarut.. sebenarnya bila kita buat apa2 pinjaman kat mana2 institusi kewangan pun, mmg nama kita akan appear kat dlm ccris.. yg penting adalah rekod bayaran balik kita setiap bulan..

      kalau bayar tepat pada masanya maka rekod ccris kita akan appear spt berikut:

      jan feb mac apr may jun jul
      0 0 0 0 0 0 0

      contoh ccris tak cantik adalah spt berikut:

      jan bayar, feb tak bayar, mac tak bayar, apr byr jun tak bayar, julai bayar

      jan feb mac apr may jun jul
      0 1 2 1 1 2 0

      nombor2 nih mewakili berapa bulan tertunggak.. so kalau

      0 tiada tunggakan
      1 sebulan tunggakkan
      2 dua bulan tunggakkan
      3 tiga bulan tunggakkan

      kalau rekod ccris berstatus 3 (tiga bulan tertunggak) mmg apply apa2 loan pun tak lepas..

      Delete
    2. saya pernah nak buat loan bank bsn, dan dia check gadaian emas, jika ada, dikira dalam komitmen kita sebagai satu hutang juga.contoh saya boleh pinjam 50k, tp nama saya ada di ar rahnu bank rakyat,so dia bagi max hanya 40k.

      Delete
    3. Masuk rekod CCRIS sekiranya melakukan gadaian di mana-mana Ar-Rahnu yang berada di bawah kendalian bank. Ini kerana pelanggan kebiasaannya hanya membuat bayaran apabila cukup tarikh matang gadaian iaitu 6 bulan. Maka dalam jangkamasa tersebut rekod CCRIS akan menunjukkan ada bayaran tertunggak. Anda boleh ke Ar-Rahnu X'Change di bawah kendalian koperasi kerana sistem mereka tidak dihubungkan dengan CCRIS. Sekadar perkongsian.

      Terima kasih.

      Delete
  5. salah info ttg arrahnu yapeim tu.
    rate upah simpan: marhun rm1-820 rm0.50/100 marhun
    rm821-2000 rm 0.65/100
    rm 2000 - keatas rm 0.75/100

    (paling murah la kan.. )

    pinjaman 65%

    metal testing guna mesin ( diorang pgl mesin xrf ) tak rosak emas la kiranya, dan resultnya tepat. so takde isu emas di downgradekan.

    boleh byr ansuran ikut suka korang berapa dalam ms 10 bulan.
    and kalau dah abes tmpoh pun bolh pegi sana berunding dgn pegawai dia, nnt dia akan bagi xtend lagi biasanya dalam 2 bulan lagi.

    waaaa susah nak jumpa ke, aku rasa byk gile dh kot yapeim punya arrahnu. aku rs kat web dia ade dia ckp 150 cawangan ke ape rsnya...

    hmmmm..
    pegawai yapeim ckp ngan aku dia tak blacklist wlopun korang tak baya sbb tk leh buat cmtu sbb ni pinjaman bercagar, tade risk. so dorang takde hak nak balcklist blacklist ni. walopun tk bayr dorang tak kan rugi sbb akan ambik balik duit dorang dengan menjual brg gadaian korang. ini seperti yg tertera dlam perjanjian la kan. so tak yah la nak risau ccris ke ctos ke hape... :)

    tq. ( br lepas buat gadaian kt yapeim!):)

    ReplyDelete
  6. Salam... Pembetulan bagi info Ar Rahnu YaPEIM.

    1. Nilai pembiayaan adalah 65% drp nilai marhum
    2. Tempoh gadaian adalah 6 bln + 2 bln + 2 bln
    3. Upah simpan adalah mengikut nilai marhum
    a) RM800 ke bwh = RM0.50
    b) RM800.01 - RM2000 = RM0.65
    c) RM2000.01 ke atas = RM0.75
    4. Jumlah pembiayaan satu transaksi (maksima) = RM10,000
    5. Had pinjaman terkumpul = RM25,000

    Sehingga kini, sebanyak 136 buah cawangan Ar Rahnu YaPEIM sudah pun beroperasi termasuk Ar Rahnu YaPEIM Premier.

    Sekian, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat yapeim dia test pakai mesin xrf tu, ok lah utk dpt result tepat. tpi aku dibgtahu dia scan 3 tempat, so kalau satu tmpat dia mutu turun, mutu keseluruhan akan drop jugak. tapi depends pada pegawai diorang gak, ada yg ikut result ujian asid gak. lmbt sikit urusan mgkn sbb staff diorang sikit kowt......... hehehe.

      Delete
  7. ni copy kat pamphlet ke ape ni... hahahahah
    tapi aku ske gi kat YaPEIM, lambat sikit tapi puas hati la kan.. layanan pun mesraaaa je. kat bank staf teller je pundah eksyen.. nyampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kerani yg cun-cun pun ramai dekat Yapiem..mesra pulak tu..agro bank rasanya ar rahnu depa tak lama sebab syarat ketat sangat...nak kena buka buku la..limit 6 bulan saja ( syarat baru katanya ), harga tak menentu.. Bank Rakyat kira okay sikit la dari Agro bank..

      Delete
  8. Salam...saya nak tambah disini...klu kita buat gadaian arrahnu dgn bank rakyat, kalau kita nak apply loan bank lain...AMBANK tak lepas sebab dia kategorikan kita sebagai "muflis" kalau kita ada gadaian dgn bank rakyat...(pengalaman sendiri)...thanks

    ReplyDelete
  9. Yup sy banker. Ada customer sy naik dlm ccris untuk arahnu. Kt situ dah nampk "xcantik" di mata bank. Sebab nampak kita xde duit. Lg satu kalau nilai gadaian tu dlm amount yg sket.

    ReplyDelete
  10. Jd kesimpulan ar rahnu yapiem lg ok dr bank rakyat...sbb ay pernah buat gadaian di ke 2 tmpat..banl rakyat agak kasar handling item...mcm nak putus dia tarik2 nal bg kering emas tu lepas rendam dlm air tu...

    ReplyDelete
  11. Tak tahu pasal ccris, tapi ctos ya.. Ada tertera jumlah gadaian.. Takde la no 0000.. Cuma nilai gadaian.. Ar rahnu selamat..takdo riba. Nama terletak sebiji dlm ctos... Apek pajak gadai.. Riba.. Nama tak ada ctos.. Ya la.. Mau tipu punya mana boleh record.. Sekian

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100. Su

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m

BELANJA DUIT BELI EMAS, BERBALOI KE?

Bismillahirrahmanirrahim... Salam buat semua... Malas nak mukaddimah panjang, direct je...nak ajak orang berfikir..berbaloi ke belanjakan duit kita beli emas. Definitely lah berbaloi sgt kan. Memang la sekarang harga emas mahal..dan ramai yang akan kata: 1)Mahalnye harga sekarang, tak larat nak beli 2)Takde duit nak beli lebih baik simpan 3) Beli pun perempuan je yang pakainye..buat ape.. 4) Emas yg ada pun dah byk, tak larat nak pakai Okey sila betulkan mindset anda pada sesiapa yg ade kata2 dlm 4 senarai kat atas tu. Silap sama sekali kalau anda masih nak berkira2 untuk belanjakan sebahagian duit untuk emas. Kenapa?? Sebab.... 1) Anda  keluar duit beli emas, tak bermakna duit anda habis ye, tapi sebenarnya anda dah simpan duit tu..cuma simpan dalam bentuk emas, wlwpun sekadar cincin, loket @ gelang tangan ia tetap bernilai. Kalau anda nak guna duit..anda boleh je pajakkan emas di Arrahnu atau pun jual je dekat org yg beli emas terpakai @ kedai emas dah boleh d