Skip to main content

KENAPA BELI EMAS ADA KOS UPAH??

Bismillahirrahmanirrahim...


CONTOH GAMBAR EMAS YG BELUM PROSES.

Salam buat pembaca semua. Entri saya kali ni pun masih pasal emas juga..khas buat peminat2 emas. Semenjak saya mulakan perniagaan emas ni, ramai juga antara customer saya yang bertanya kenapa ada charge kos upah. Kos upah ni untuk apa? U punye kos ke? Okey..mari saya sharekan tentang kos upah ni. Sebelum saya jual emas ni dulu, saya tak pernah ambil pusing pun tentang kos upah ni. Apa yang sales person cakap, itula yang saya bayar. ya la dulu tak berapa nak pandai sangat pasal emas ni.

Jangan salah faham tentang kos upah ni. Biasanya emas dijual berdasarkan harga semasa pasaran segram. (Coth emas 916~ RM185/gram). Harga itu hanyalah harga emas sahaja,belum dikira bersama kos upah. Kos  upah ini merupakan kos upah tukang emas yang telah menukang, memproses dan merekabentuk emas tersebut. So kos upah tu adalah bayaran buat susah payah tukang emas tersebut.

Sebenarnya penjual @ peniaga emas, hanyalah membeli emas yang blm diproses, dipanggil nuget emas. Biasanya dibeli dalam kuantiti yang byk. Kemudian nuget-nuget emas ini akan diproses oleh tukang emas menjadi pelbagai bentuk emas yang boleh dipakai seperti rantai tangan, rantai leher, cincin dan sebagainya. 
PERUMPAMAAN SEPERTI SEPASANG BAJU
Alaa..perumpamaan seperti sepasang baju lah. Contohnya anda membeli 4 meter kain dari kedai kain @ pusat textile dgn harga RM 15/meter. Tapi untuk memboleh kan kain yang anda beli tu digunapakai, maka anda kena lah upah tukang jahit untuk jahit baju anda. So tukang jahit akan mengira upah menggunting, mencantum dan lain2 untuk baju yang anda inginkan. Dan upahnya juga berbeza mengikut fesyen yang anda inginkan. Kalau baju kurung mungkin upahnya RM30 shj, Kebaya mungkin RM 50, Kalu nak bermanik @ labuci, mungkin cecah ratus juga.

Begitulah juga perihalnya dgn emas, RM185 tu harga emas segram. Tapi untuk membolehkan emas tersebut dipakai menjadi gelang, cincin rantai leher dan sebagainya, peniaga emas perlu lah mengupah tukang emas. Dan kos upah juga bergantung pada rekabentuk emas tersebut. Kalau fesyen yang biasa2 je mcm Fesyen Tali mesin, gajah licin, kikir pasir..kosnya mmg murah. Tapi kalau fesyen yang moden2, ada krom dan sebagainya, maka upahnya pun mahal lah juga.

KOS UPAH MURAH VS KOS UPAH MAHAL
Murah atau mahal kos upah bergantung juga pada design sesuatu barang. Sekiranya design yang biasa-biasa, maka upahnya juga biasa-biasa. Biasanya design yang ada krom agak mahal sedikit berbanding yang tiada krom. Ada juga design yang sama, tapi upah berbeza, kerana ini bergantung juga kepada tukang emas. Sama juga seperti tukang jahit, ada yang letak upah mahal, ada yang letak upah murah, mungkin bergantung pada tempat atau sememangnya tukang tu tinggi upahnya. Contoh, kalau tukang jahit ternama..dah tentu mahal upahnya, tukang jahit biasa2, biasa lah upahnya. Samalah juga macam tukang emas. So dalam hal ni, pandai-pandai lah anda buat pilihan.

KESIMPULAN
Okey..harap anda faham mengapa kalau kita beli emas tu, mesti ada tambah kos upah. Kos upah untuk bayar TUKANG EMAS tau :). Walaubagaimanapun ada juga emas yang takde kos upah, Contohnya macam Goldbar, Dinar @ rantai leher @ rantai tangan yang dibuat khas mmg untuk pelaburan. Contohnya macam Rantai tangan saya, emas 999, saya beli mmg takde kos upah. nak pakai pun boleh utk invest pun boleh. Tapi yang ni biasanya saya gunakan untuk dipajak untuk dapatkan modal. Tapi hanya jika anda beli dari dealer2 seperti Sri Ayu, Puclic Gold, GCP..yang memang mengeluarkan emas khas untuk tujuan pelaburan. Kalu goldbar @ rantai 999 kat WAH CHAN anda tetap dikenakan kos upah(POH KONG, TOMEI dll saya kurang pasti.Sila cek kat outlet dorang). Goldbar WAH CHAN yang 20grm kebawah..dikenakan kos upah juga. Bagi saya, saya tak peduli kalu saya beli dari tukang yang tak ternama pun, sebab sekiranya saya nak jual @ trade in dgn emas baru di masa akan datang, yang dikira hanya lah nilai emas sahaja, kos upah sewaktu beli emas dah tak kira lagi. Jadi pandai2 lah anda fikir sebelum membeli. Okeh...daaaaa....

Comments

  1. saya selalu membeli emas di sri ayu..tp sy xtaw plak ade rntai tuk invest tnpa kos upah..boleh bgtau dgn lebih mendalam x..ape beza dgn yng ade kos upah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous Sri Ayu beli di mana? Sri Ayu ada juga keluarkan produk rantai tangan untuk pelaburan. Mmg takde kos upah, rantai tangan 999( variasi berat 10 grm,20 grm,30 grm).Lebih kurang mcm i-series public gold la..tapi public i-series 916.Boleh cek harga jual brg kemas 999 di www.sriayu.com/v3/harga.php. Saya pun byk beli yang 10grm punya.Kadang2 saya pakai je,kadang2 saya pajak utk pusing modal. Sometime kalu harga cantik..saya jual je semula pd Sri Ayu, coz spread harga dia pun tak tinggi sgt ;)

      Delete
  2. Fiza.. Pmlah aku.. Nk tau gak pasal harga sekrg..

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

AKAUN SIMPANAN EMAS (Maybank & KFH Gold-i)

Salam semua buat yang sudi singgah blog saya. Kali ini saya nak share sedikit info tentang Akaun Simpanan Emas Maybank dan juga Kuwait Finance House (KFH). Umumnya sekarang ada 4 bank yang menawarkan pelaburan Akaun Emas iaitu  Maybank, Public Bank, Kuwait Finance House dan CIMB. Tapi sebab saya cuma ada experience invest dlm Akaun Emas Maybank & KFH shj, so saya just share pasal dua Akaun Emas ni je la.  Antara kesemua bank tersebut hanya Kuwait Finance House (KFH) yang yang dapat saya pastikan ianya adalah patuh syariah (Islamic Investment) kerana KFH menawarkan emas fizikal dan bank lain adalah konvensional kerana hanya beli emas atas kertas(beli emas dan bank akan update jumlah gram dlm buku akaun emas)  Akaun Simpanan Emas Maybank Maybank adalah antara bank terawal yang menyediakan akaun pelaburan emas. Emas yang dijual emas 24K (999.9). Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran. Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...