Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

AMALAN DAN DOA MURAH REZEKI

Membaca surah Al-Waqiah setiap malam . Membaca Surah Al-Ikhlas - Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal) Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib) Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid

Al-Ma'thurat Dan Kelebihannya

Bila bercerita tentang Ma'thurat ni, saya teringat zaman2 duk asrama dulu, tiap hari pagi petang saya baca. Yela duk asrama lepas solat bukan nak rushing kemana pun, cuma nak pergi breakfast pastu pergi kelas. Tapi bila dah start kerja...alahai susahnya nak 'maintain' baca tiap hari pagi & petang. Saya rindu betul zaman2 dulu tu. Single..tak payah pikir byk...sekarang ni..family,husband,anak2, kerja rumah lagi. Kadang2 tgh baca pun boleh terbantut tgh jalan...sedih betul!!. Since saya now ni pun dah full focus pd family dan anak...saya berazam, nak maintain baca tiap hari..Insyaallah. Kalau dulu kerja...maybe susah la sikit kot...byk benda nak rushing..now ni...lapang la sket..tak rushing sgt. Saya share sikit info tentang Ma'thurat dan kelebihannya.. 'Happy Reading" PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT 1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarn

BAGAIMANA MENGIRA KEUNTUNGAN AKAUN SIMPANAN EMAS

  Bismillahirrahmanirrahim.. Salam semua,    Untuk entri ni saya nak share cara nak kira keuntungan akaun emas anda. Part kira untung ni mesti semua nak tahu macam mana nak kira. Akaun Simpanan Emas ni keuntungan diperolehi apabila harga jual emas kita telah meningkat dari harga belian kita dengan pihak bank. Biasanya apabila kita ingin membeli emas dari pihak bank, kita akan membeli dengan harga “ Sell ” dan apabila kita ingin menjual semula emas kita pada bank, bank akan membeli emas tersebut dgn harga “  Buy  “ Seperti contoh di bawah :  KADAR HARGA EMAS HARIAN KFH Oleh itu adalah penting untuk membuat keputusan bilakah waktu yang tepat untuk membeli, iaitu ketika harga emas sedang turun atau harga rendah, juga perlu cek rate harga bank selalu. Keuntungan akan diperolehi apabila harga emas kita lebih tinggi dari harga sewaktu kita membuat belian. Contoh, Katakan kita telah membeli 50 gram emas dgn harga RM 100/grm pada bulan Januari. Andaikan pada bulan April harga emas tersebut tel

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100. Su

ARRANU VS PAJAK GADAI KONVENSIONAL

Tahukah anda apakah perbezaan Arrahnu dan Pajak Gadai Konvensional? Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam. Nilai Gadaian Tidak Merosot Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan Sekiranya pemberi

AKAUN SIMPANAN EMAS (Maybank & KFH Gold-i)

Salam semua buat yang sudi singgah blog saya. Kali ini saya nak share sedikit info tentang Akaun Simpanan Emas Maybank dan juga Kuwait Finance House (KFH). Umumnya sekarang ada 4 bank yang menawarkan pelaburan Akaun Emas iaitu  Maybank, Public Bank, Kuwait Finance House dan CIMB. Tapi sebab saya cuma ada experience invest dlm Akaun Emas Maybank & KFH shj, so saya just share pasal dua Akaun Emas ni je la.  Antara kesemua bank tersebut hanya Kuwait Finance House (KFH) yang yang dapat saya pastikan ianya adalah patuh syariah (Islamic Investment) kerana KFH menawarkan emas fizikal dan bank lain adalah konvensional kerana hanya beli emas atas kertas(beli emas dan bank akan update jumlah gram dlm buku akaun emas)  Akaun Simpanan Emas Maybank Maybank adalah antara bank terawal yang menyediakan akaun pelaburan emas. Emas yang dijual emas 24K (999.9). Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran. Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram