Skip to main content

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

 Salam semua,

Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank.

Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ?

Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu, tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100.

Surat Gadaian Pertama
Nilai Marhun Emas : RM 5000 (100 x 50 grm)
Nilai Pinjaman        : RM 3500 (5000 x 70%) – bank akan beri pinjaman 70% dari nilai marhun
Upah Simpan Sebulan   : RM 37.50
Tarikh Matang   : Bulan Jun (Tempoh gadaian 6 bulan)
Dengan info di atas kita andaikan ada kenaikan harga pajak RM105 pada bulan Februari. So utk buat overlap ni, kita hanya perlu ke kaunter bank dan minta untuk memperbaharui surat gadaian dgn harga baru. So automatik, Surat Gadaian Pertama akan terbatal dan diperbaharui dgn Surat Gadaian yang kedua yang di buat pada bulan Februari. Pihak bank akan memulangkan lebihan tunai yang ada pada kita setelah ditolak nilai pinjaman pertama dan kos upah simpan, seperti contoh di bawah :
Surat Gadaian Kedua
Nilai Marhun Baru : RM 5250 (105 x 50 grm)
Nilai Pinjaman Baru : RM 3675 (5250 x 70%) – bank akan beri pinjaman 70% dari nilai marhun
Upah Simpan Sebulan yg Baru   : RM 39.38
Tarikh Matang Baru  : Bulan Julai (Tempoh gadaian 6 bulan)
Untung Overlap : RM 137.5 ( 3675 -3500 -37.50) -> pinjaman pertama – pinjaman kedua-kos upah sebulan.
Calculation ni adalah berdasarkan kenaikan RM 5 dari harga mula-mula kita pajak. Berdasarkan info yang saya tahu..hanya buat overlap jika berlaku kenaikan harga RM 5 dan ke atas. Kalau bawah dari RM 5, jgn overlap! Sebab mungkin tak berbaloi selepas kita tolak upah simpan. Tapi kalau anda calculate masih untung, tak jadi satu kesalahan kalau nak buat.
Saya sendiri pernah buat overlap ni di Arrahnu Bank Rakyat. Harga emas yang saya pajak telah naik RM 8 setelah 2 minggu saya pajak emas tersebut. So dgn kenaikan RM 8 ni, saya ambik peluang untuk buat overlap ni. Alhamdulillah dlm 2 minggu saya dpt lebih kurang RM 200 setelah tolak kos upah simpan dan nilai pinjaman sebelumnya. Sekiranya kita buat overlap tak sampai sebulan kos upah simpan akan dikira berdasarkan hari. Tapi bank rakyat telah menetapkan sekiranya kita overlap kurang dari 15 hari, kos upah simpan minimum akan dikira berdasarkan 15 hari. Contoh (37.50 / 2 = RM 18.75 ). Sekiranya lebih 15 hari tapi kurang dari 30 hari..kos akan dikira mengikut jumlah hari sehingga kita buat gadaian terbaru. Contohnya jika kita overlap gadaian setelah 18 hari dari gadaian sebelumnya, so upah simpan akan dikira

(37.5 / 30) x 18 = 22.5 à Kos upah simpan untuk 18 hari
So untung overlap dikira ( pinjaman 2- pinjaman 1- upah simpan 18 hr).


Keburukan Overlap
Dengar macam best untung overlap ni kan. Tapi kita jgn lupa, setiap kali kita overlap, nilai pinjaman kita akan meningkat, dan kalau tak tertebus, emas tersebut akan di lelong. Sekiranya kita mahu buat overlap, bagi saya lebih baik kita pajak emas yg mmg kita tak pakai @ tak kisah sekiranya dilelong satu hari nanti. Macam saya, saya beli emas(Gelang Belah Rotan) khas untuk buat pajak dan overlap. Mmg patern dia tak cantik, kosong dan mmg tak boleh dipakai tapi di terima utk dipajak. Duit pinjaman hasil pajak tu, saya gunakan beli emas jgk. So saya tak kisah kalau satu hari nanti ia akan dilelong. Lagi pun kalau bank lelong saya masih dapat untung, sbb bank akan return hasil lelongan pada saya setelah ditolak nilai pinjaman dan kos upah seperti yg saya share dlm artikel Apakah Arrahnu. Ok..renung-renungkan dan selamat melabur!

Comments

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

MERANCANG KEHAMILAN (FAMILY PLANNING) DENGAN JAMU MAAJUN ANGGUN BISTARI

Untuk entry kali ni saya nak share satu info yg mungkin berguna buat all mommies out there yg sdg memikirkan tentang "Family Planning". Asik citer pasal emas je..so yg ni kita story pasal "Puan-Puan". Serius..tentang title entry ni..kali pertama saya baca ayat "MERANCANG KEHAMILAN DGN JAMU"....iye ke ni?! Macam tak percaya...!! Jom baca pengalaman saya sendiri..! Ye la kan, selama ni saya merancang guna pil perancang. Tapi selepas saya deliver anak yg ke 5, saya rasa saya dah tak mau makan pil perancang lagi. Tapi saya pun tak nak pregnent lagi. Macam mana ye..nak pakai IUCD eii saya ngeri la nak masukkan benda alah tu kat dlm "tuuut" tu. Nak pakai implan plak...ngeri jugak...masa nak suntik implan tu takde la ngeri sgt, tapi ngerinye masa nak keluarkan implan tu nanti. Macam foto kat bawah ni..ngeri kan. Takut mak kalau kene macam ni Pil plak..saya dah tak nak lagi...sebab sepanjang saya makan pil perancang dulu..ada la jugak side effect ...

PELABURAN EMAS: KAEDAH DELAY STOCK PRO & KONTRA

Bismillahirrahmanirrahim Agak lama saya tak buat posting pasal emas. Bukan bermakna saya dah tak terlibat dengan emas ni lagi..masih aktif lagi ya. Cuma byk perkara2 lain yg memerlukan komitmen lebih dari berblog tentang emas.  Harga emas sepanjang tahun 2013, kalau kita perhatikan betul2 pergerakan agak agresif. Di satu masa Graf pergerakan harga akan naik mencanak sehingga 20-30 mata dan di satu saat harga emas tiba2 akan turun dengan tak disangka2. Secara purata pergerakan trend harga 2013 adalah "bearish" dalam erti kata lain, trend menurun. Bagi pelabur emas tegar sudah tentu dia akan dapat memanfaatkan situasi turun naik ini sebaik mungkin. Untuk entri ni saya nak share tentang konsep "Delay Stock" yang saya rasa sudah semakin popular dikalangan pemain-pemain emas. Skill bermain emas yang telah di retrokan dan di beri nafas baru. Apa itu Delay dan mengapa Delay? Konsep ni saya rasa sgt sesuai bagi org2 yang nak invest dlm emas dan sesuai bagi mereka yan...