Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak.
TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL |
ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! |
Kenapa Bank Rakyat lelong Emas
Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan melelong emas penggadai dalam satu siri lelongan awam.
Bila Bank Rakyat Buat lelongan awam
Bergantung pada Bank tersebut, tetapi biasanya lelongan ini di jalankan pada minggu ke 3 atau ke 4 setiap bulan, selama 3 hari, depend juga pada stok bank..kalau bulan tu takde emas utk di lelong maka siri lelongan tak akan di jalankan. So rajin2 la visit bank rakyat @ Arrahnu berhampiran anda
Siapa yang boleh masuk tender emas lelong
Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 thn ke atas, yang tidak muflis dan bukan kakitangan Arrahnu @ bank adalah layak menyertai lelongan ini, termasuklah pemborong emas, kedai emas, syarikat emas pun boleh masuk tender ni
Kenapa nak beli emas lelong
Sebab emas lelong ni dilelong 10% below market price. Rasanya berbaloi kalau beli sebab emas yang dilelong ni biasanya masih cantik lg cuma kdg2 ada juga emas yg dlelong patah @ putus, bergantung pada pemilik asal. pihak bank ttp terima wlw patah, putus @ bengkok. Bagi saya wlw pun emas lelong ini adalah kategori emas terpakai,namun valuenya ttp tinggi, dan ada juga org2 diluar sana tu yang mmg beli emas2 terpakai,
Macam mana nak masuk tender emas lelong?
Mudah sahaja! Emas yg dilelong biasanya di pamerkan dlm kotak kaca dan di tag dgn nombor. Kalau ada 30 item, emas akan di tag dgn Item1,Item2..sampai la Item30. Kadang2 satu tag cuma ada satu barang saja, ada juga tag item yang terdiri dari 2 brg kemas atau lebih, bergantung pada pemilik asal emas tersebut, kerana barang2 ini dipajak dlm satu borang yang sama. Anda hanya perlu pilih item yang anda mahu, catatkan harga rezab yang ditetapkan oleh bank dan tentukan harga tawaran anda( ikut lah berapa bajet anda). Contoh
Item 1- Rantai leher
Berat - 12 grm
Harga rezab bank- RM 1000
Harga Tawaran anda - RM 1001 @ 1020 @ 1025.50...(ikut bajet anda)
Setelah anda pasti dgn segala maklumat item yang anda inginkan, anda boleh la ambil dan isi borang lelongan awam di kaunter, kemudian bayar RM 5 untuk satu Item yang anda pilih. Kalau bida 2 item..so byr la RM 10. Lepas tu lipat elok2 borang anda dan masukkan dlm kotak Arrahnu yang disediakan. Selepas satu minggu, biasanya bank akan menghubungi pembida yang menawarkan harga tertinggi. So kalau anda berjaya boleh la proceed utk buat bayaran dibank rakyat dlm masa 7 hari dari tarikh pemberitahuan. Kalau anda tak jadi nak beli pun takde masalah, bank akan offer pula pada pembida kedua tertinggi. Tapi duit yang anda byr untuk masuk tender tu tak dapat la balik. Itu je.
Nak buat apa dengan emas lelong tu?
Terpulang la pada anda, nak pakai ke @ hadiahkan pd wife, kakak, adik, ibu, nenek @ nak simpan sebagai aset @ simpan dan jual pun boleh @ anda nak jual dgn saya pun boleh,saya beli..hehehehhe. Kalau anda beli untuk anda pakai, pilih la yang cantik2 sikit, kalau utk aset @ jual semula, pilih yg bengkok, patah putus pun takpe, sbb ianya masih boleh diterima dikedai2 emas @ bank @ pembeli2 emas mcm saya :).
Comments