Skip to main content

PELABURAN EMAS: KAEDAH DELAY STOCK PRO & KONTRA

Bismillahirrahmanirrahim

Agak lama saya tak buat posting pasal emas. Bukan bermakna saya dah tak terlibat dengan emas ni lagi..masih aktif lagi ya. Cuma byk perkara2 lain yg memerlukan komitmen lebih dari berblog tentang emas. 

Harga emas sepanjang tahun 2013, kalau kita perhatikan betul2 pergerakan agak agresif. Di satu masa Graf pergerakan harga akan naik mencanak sehingga 20-30 mata dan di satu saat harga emas tiba2 akan turun dengan tak disangka2. Secara purata pergerakan trend harga 2013 adalah "bearish" dalam erti kata lain, trend menurun. Bagi pelabur emas tegar sudah tentu dia akan dapat memanfaatkan situasi turun naik ini sebaik mungkin. Untuk entri ni saya nak share tentang konsep "Delay Stock" yang saya rasa sudah semakin popular dikalangan pemain-pemain emas. Skill bermain emas yang telah di retrokan dan di beri nafas baru.



Apa itu Delay dan mengapa Delay? Konsep ni saya rasa sgt sesuai bagi org2 yang nak invest dlm emas dan sesuai bagi mereka yang nak beli dalam kuantiti yang byk coth 50g-100g ke atas. Tapi harus anda tahu, pembelian stock secara delay bermaksud anda tidak akan dapat stock anda dengan cepat, maybe will be delay dlm sebulan ke 2 bulan atau lebih. Lagi lama delay lagi bagus Kelebihannya, anda dapat lock pembelian dengan harga yang sgt murah.

Dimana keuntungannya dengan konsep ini? Keuntungannya terletak pada diskaun yang di beri ke atas setiap gram.Coth anda beli stock delay 50grm, dan delay 2 bln. Katakan harga anda lock adalah RM125/g dan seller akan beri anda diskaun maybe RM 5/grm.(cth je ye. Diskaun bergantung la budi bicara seller). So..mari kita kira

1)125 x 50g = RM6250 (Harga anda Lock 50 grm)
2) Delay 2 bulan dan seller nak bagi diskaun RM 5/grm
3) Bulan pertama selepas pembelian anda akan dibayar RM250 oleh seller sbb stock delay
4) Bulan Kedua anda akan dapat 50grm emas anda tu.
5) Jadi nilai sebenar belian anda RM 6000 sahaja utk 50grm = RM120/g
6) Jadi anda dah untung 5 ringgit kat situ.
7) Maka sebab itu lah dikatakan konsep delay ini lagi lama delay lagi bagus. So selagi kita tak ambil emas tu..selagi tu seller akan byr RM250 pada kita.
8)Kalau anda delay 3 bulan maknanya anda akan dapat cash back RM500 dan nilai sebenar belian anda adalah RM5750 shj utk 50grm=RM115/g. Lagi murahkan dari delay 2 bulan
9) Kalau dlm masa 3 bulan tu harga naik melebihi nilai belian,anda nak jual balik pada Seller pun boleh..lagi untung.


# Aku rasa mcm kita simpan atau labur sejumlah wang dan setiap bulan kita akan diberi dividen/bonus la. Selagi kita simpan/labur kat situ selagi tu la ada dividen. Cuma bezanya delay ni kita mcm simpan duit modal tu dengan seller tu la kan. Pls correct me if I was wrong. Sbb masih cuba memahamkan lagi konsep ni.#

Nampak macam menarikkan. Tapi anda perlulah ada kepercayaan yang tinggi pada seller. Kenapa? Sebab kita dah bayar full utk lock harga..tapi stock kita dapat lambat. Inilah salah satu kekurangan konsep ni. Kalau kita jenis takut..sbb stock tak dapat pegang immediate on the spot..jgn la runsing2, pening2 nak buat delay. Nanti menyusahkan Seller dan diri sendiri jgk. Konsep pembelian delay ni jgk tak menekankan design dan design adalah lebih kepada design rantai padu..so design maybe limited dan tak boleh nak customize ikut kita. Kalau rantai terpanjang ke..korang nak pendekkan potong la sendiri.  Kalau anda jenis nak pakai dan berfesyen bagai..bulan ni pakai design bunga, bulan depan design bola..maka tak sesuai la konsep ni dgn anda. Tapi apa yg pasti konsep delay ni..sgt sesuai dgn pembeli & penyimpan emas yang malas samada nak berniaga @ main pajak sebab delay ni lebih kepada konsep 4D" DUDUK DIAM DAPAT DUIT". Selagi kita delay, selagi itu lah kita dapat imbuhan dari delay tu. So..ada brannn!

# Dengan aku pun kurang sesuai sbb customer semua nak cepat, bayar duit terus nak barang, dan customer aku mostly cari barang kemas yg berfesyen2 pastu ada ukuran tgn masing2 kena customize ikut request. Tapi untuk my future invest, maybe la..masih lg dlm pertimbangan. Buatnya something happen in between delay time tu, camana plak duit modal yg dah lock tu ya. Ada potensi juga kau boleh tersontot#

Okey la..sekian dulu saya share. Next entri  Insyaallah saya share lagi apa yg saya tau. Pada mana2 pembaca/ yang terbaca post ni..yang dah master dengan konsep dan skill ni..silalah juga bagi tunjuk ajar dekat ruangan komen di bawah..boleh juga saya belajar sekali :-).

ARTIKEL BERKAITAN




Comments

  1. Jual harga je. Barang…. Taraak!
    Modus operandinya seperti berikut..
    1. Ejen menawarkan kepada anda sekilo emas. Selalunya lebih mahal daripada harga pasaran.
    2. Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.
    3. Sebenarnya deme tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula.
    4. Kadang-kadang sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo
    5. Setiap kali ada pelanggan baru maka adalah wang hibah kepada pembeli lama dengan persen lebih tinggi kepada kompeni.
    6. Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin 10 juta.
    7. Bila kompeni dah capai target….. kompeni pun lesap. Tinggallah pelabur yang gigit jari. Mangsa seterusnya tentulah ejen-ejen jualan. Mana mau lari haa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Anonymous sudi singgah komen & sharing. Mcm nak sama dgn GENEVA tp maybe lain. So tepuk dada tanya lah selera..buat pertimbangan dgn sebaik mungkin.

      Delete
  2. salam........kalu delay may be sampai setahun...emas yg kita beli tu almost free la...apa yg seller tu dapat...mcm x logik jee..

    ReplyDelete
  3. rasanya agen kepada seller tu pun ada jugak imbuhan...maknanya betingkat2 org dapat imbuhan.......sekali lagi apa seller tu dapat

    ReplyDelete
  4. Menyimpang jauh pemahaman konsep delay di atas..

    ReplyDelete
  5. Hanya bank boleh memungut n mengumpul duit dr org awam.bgitula sebaliknya,orang awam tidak boleh sama skali..jadi mcm bahaya je bisnes ni..sb dia guna seller untuk mengumpul duit..terang2 salah..ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya bank yang boleh memungut/kumpul duit org awam??? mana kau blaja statement ni??? kalu ko rs bahaya..xpayah join..xde org mcm ko pun xpe la bro..

      Delete
  6. Yang lebih penting adalah adakah halal cara bagini? Mohon minta pencerahan.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas

    15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

    16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

    17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    ReplyDelete
  7. 10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
    ....
    ....
    Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya emas delay ni money game.its all about money.motifnye kumpul deposit.bank shj yg boleh kutip deposit kalau nk tahu.emas tu pelakon tambahan jer.Belakangnya ada ala ponzi. Bigger picture nya scam. Melainkan lu bayar utk seketul emas.lu dapat seketul emas yg dibeli on the spot.

    ReplyDelete
  9. Klu nk beli on the spot pun blh, nk delay pun blh, beli je dgn ejen & peram emas fizikal tsbt selama mana anda nak. Itu hak anda. Pd yg nk mengikuti program, dpersilakan. Anda buat pelaburan emas dlm buku bank ada dpt emas??? Bg duit dpt buku je pun.. tak pernah diperlihatkn mau sekalipun emas yg mana milik anda. Program tu ramai pulak yg berduyun2 menyerahkan duit anda di kaunter bank utk diperdagangkan oleh pihak bank?? Program ni cukup syarat ke? Emas anda hanya dpt dilihat dgn nilai semata2..

    Bank hanya gunakan duit anda utk pelaburan mereka & mengukuhkan bon emas dlm pegangan bank je. Fikir2kan..

    ReplyDelete
  10. Kalau ikut penerangan fatwa JAKIM urusniaga emas secara delay@virtual adalah tdk sah kerana emas adalah barangan ribawi. Blh jatuh hukum haram. Mungkin ada penjelasan lain drpd yg mahir fiqah ekonomi.

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100. Su

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingga 70

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m

MERANCANG KEHAMILAN (FAMILY PLANNING) DENGAN JAMU MAAJUN ANGGUN BISTARI

Untuk entry kali ni saya nak share satu info yg mungkin berguna buat all mommies out there yg sdg memikirkan tentang "Family Planning". Asik citer pasal emas je..so yg ni kita story pasal "Puan-Puan". Serius..tentang title entry ni..kali pertama saya baca ayat "MERANCANG KEHAMILAN DGN JAMU"....iye ke ni?! Macam tak percaya...!! Jom baca pengalaman saya sendiri..! Ye la kan, selama ni saya merancang guna pil perancang. Tapi selepas saya deliver anak yg ke 5, saya rasa saya dah tak mau makan pil perancang lagi. Tapi saya pun tak nak pregnent lagi. Macam mana ye..nak pakai IUCD eii saya ngeri la nak masukkan benda alah tu kat dlm "tuuut" tu. Nak pakai implan plak...ngeri jugak...masa nak suntik implan tu takde la ngeri sgt, tapi ngerinye masa nak keluarkan implan tu nanti. Macam foto kat bawah ni..ngeri kan. Takut mak kalau kene macam ni Pil plak..saya dah tak nak lagi...sebab sepanjang saya makan pil perancang dulu..ada la jugak side effect