Bagaimanakan caranya untuk membuat
pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana
memulakannya? Saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri melalui
pelaburan-peaburan emas yang telah saya lakukan.Terdapat beberapa cara
membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun iaitu Public Bank, Maybank, CIMB & KFH (Sila Klik nama bank utk info lanjut). Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g. Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. Saya tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan? Walaubagaimanapun saya juga turut mempunyai Akaun Simpanan Emas di KFH. (Sila Klik sini untuk info lanjut)
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita. Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
1.Barang kemas
2.Jongkong/Bar
3.Syiling, atau
4.Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
1.Beli emas dapat emas
2.Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan bila nak pakai duit.
3.Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
4.Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
5.Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
5. Beli kat saya pun boleh...hehehe
Comments
Post a Comment