Skip to main content

MENGAPA EMAS ??

1. Kuasa Emas 
Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar memegang sekurang-kurangnya 10 % - 15 % pelaburan dalam bentuk emas fizikal, sama ada dalam bentuk Jongkong (Gold Bar), Syiling, atau Barang kemas. Kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas kita. Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!



Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
  
2. Perlindungan Hebat
Saya percaya bahawa logam berharga (emas) dalam bentuk fizikal adalah polisi insuran yang paling hebat dalam dunia yang penuh cabaran ini. Tiada pelaburan lain yang mampu memberi tawaran yang sama dengannya disamping menolak risiko kejatuhan dari pelbagai sudut.

3. Ketidakstabilan Dunia
Saya menjangkakan harga emas akan meningkat lebih tinggi. Krisis kewangan yang dihadapi oleh negara-negara diseluruh dunia menyumbang kepada kenaikan harga emas. Contah Inflasi yang berlaku di U.S pada 2008 apabila Rizab Persekutuan U.S telah mencetak sebanyak trillion mata wang kertas US Dollar bagi menanggani krisis kewangan yang berlaku di Amerika. Ramai pemerhati beranggapan bahawa kuasa dunia itu sedang menuju kearah kebangkrupan. Ini bererti kadar inflasi akan menjadi satu sejarah baru.

Comments

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

AKAUN SIMPANAN EMAS (Maybank & KFH Gold-i)

Salam semua buat yang sudi singgah blog saya. Kali ini saya nak share sedikit info tentang Akaun Simpanan Emas Maybank dan juga Kuwait Finance House (KFH). Umumnya sekarang ada 4 bank yang menawarkan pelaburan Akaun Emas iaitu  Maybank, Public Bank, Kuwait Finance House dan CIMB. Tapi sebab saya cuma ada experience invest dlm Akaun Emas Maybank & KFH shj, so saya just share pasal dua Akaun Emas ni je la.  Antara kesemua bank tersebut hanya Kuwait Finance House (KFH) yang yang dapat saya pastikan ianya adalah patuh syariah (Islamic Investment) kerana KFH menawarkan emas fizikal dan bank lain adalah konvensional kerana hanya beli emas atas kertas(beli emas dan bank akan update jumlah gram dlm buku akaun emas)  Akaun Simpanan Emas Maybank Maybank adalah antara bank terawal yang menyediakan akaun pelaburan emas. Emas yang dijual emas 24K (999.9). Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran. Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

KENAPA BELI EMAS ADA KOS UPAH??

Bismillahirrahmanirrahim... CONTOH GAMBAR EMAS YG BELUM PROSES. Salam buat pembaca semua. Entri saya kali ni pun masih pasal emas juga..khas buat peminat2 emas. Semenjak saya mulakan perniagaan emas ni, ramai juga antara customer saya yang bertanya kenapa ada charge kos upah. Kos upah ni untuk apa? U punye kos ke? Okey..mari saya sharekan tentang kos upah ni. Sebelum saya jual emas ni dulu, saya tak pernah ambil pusing pun tentang kos upah ni. Apa yang sales person cakap, itula yang saya bayar. ya la dulu tak berapa nak pandai sangat pasal emas ni. Jangan salah faham tentang kos upah ni. Biasanya emas dijual berdasarkan harga semasa pasaran segram. (Coth emas 916~ RM185/gram). Harga itu hanyalah harga emas sahaja,belum dikira bersama kos upah. Kos  upah ini merupakan kos upah tukang emas yang telah menukang, memproses dan merekabentuk emas tersebut. So kos upah tu adalah bayaran buat susah payah tukang emas tersebut. Sebenarnya penjual @ peniaga emas, hanyalah membeli...