Skip to main content

WAKTU YANG SESUAI NAK BELI EMAS

Lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas. Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?



1. Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dan mempunyai wang..anda boleh beli emas.
2.Beli secara konsisten,sebaik sahaja dapat gaji dengan memperuntukkan sebahagian wang yang biasanya anda simpan,tukarkan kepada emas.Contoh,letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 5grm,ikut kemampuan kewangan anda
3.Beli emas semasa harga rendah (graf menurun).Sebenarnya harga emas naik dan turun disebabkan banyak faktor,antaranya perkaitan dgn USD..jika USD mengukuh,harga emas akan turun sedikit.Biasanya setiap kali USD mencetak wang mereka,harga emas akan turun sekejap..

**tip : jika anda ingin membeli emas pada harga ‘cantik’ anda boleh rujuk dengan orang yang sudah biasa membeli emas,dan ada sedikit pengetahuan tentang TA (teknikal analisis).Saya bukanlah pakar,sikit-sikit bolehla..Namun ini hanyalah ramalan yang sedikit sebanyak boleh membantu,tidak boleh percaya 100%.

Jika membeli emas semasa harga mahal,jangan risau,semasa murah anda boleh terus membeli. Anda   masih untung apabila dikira dari segi cost averaging (pemurataan kos). Pengalaman saya trend menunjukkan harga emas di awal tahun rendah,tapi masih tinggi berbanding tahun sebelumnya..contoh harga emas pada Januari 2011,menyamai harga emas pada bulan 10.Namun harganya tidak sama macam harga pada bulan 7 dan 8 yang masih rendah.Penurunan harga bulan Jan ini disebabkan trend awal tahun dan CNY(chiness new year). Harga emas akan mulai naik mulai bulan 2 atau 3. Tahun lepas(2011) harga emas naik mendadak sekitar bulan 8-9.Melepasi 1800usd/oz. Selepas penurunan semasa perayaan Deepavali,harga emas tak banyak naik atau turun.1-2 minggu sebelum Krismas harga emas akan mulai menurun sedikit..tetapi masih mahal berbanding bulan sebelumnya. Ketika menghampiri penghujung tahun,harga emas akan mulai naik dan hanya mulai turun sedikit ketika menghampiri pertengahan Jan @ menjelang chinese new year.

Namun untuk jangka masa panjang,menyimpan emas memang menguntungkan.Kenaikan 10 tahun lepas,2000-2009 adalah melebihi 4 kali ganda. Anda boleh rujuk chart di kitco.com

Sikap kita biasanya waktu harga emas rendah atau jatuh, tak ramai yang nak membeli. Tapi bila harga mula menunjukkan kenaikan, eh berpusu-pusu pula orang membeli. Perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baruCuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua, setengah tahun, atau setahun.

Turun naik emas adalah fenomena biasa. Bila harga sedang memuncak, penyimpan-penyimpan emas lama akan menjual emas untuk dapat keuntungan. So harga akan turun sekejap. Atau perhatikan kalau ada peristiwa penting di US, china dan India.Coth macam pilihan raya presiden ke, akan ada impak besar pada harga emas.

So kalau nak beli emas agak-agak harga dah rendah dari harga puncak tu, beli je. Siapa tau brp rendah lg dia boleh pergi dan berapa lama. Lastnya bila harga naik balik baru beria nak beli. Tak rugi pun. Macam mana pun kalau ada keperluan mendesak kita tak perlu risau nak cairkan aset emas ni. Boleh dijual semula, pajak pun boleh.Ok.

Comments

ARTIKEL POPULAR

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m...

CARA MENGIRA SUSUT NILAI EMAS (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam semua. For this entri..saya nak sambung share dgn anda tentang tips nak trade in emas @ cashkan emas anda. For those yg belum baca Part 1(klik Sini) ,sila baca dulu..sebab pengiraan kita kat bwh nanti..adalah sambungan dari contoh kiraan saya dalam Part 1. Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat Berdasarkan pengiraan saya pada entri part 1, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.  Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195 Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020 Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai) Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 1...