Bismillahirrahmanirrahim.. Salam buat semua...kali ni saya nak share something yang sangat bermanfaat buat kita sebagai muslim yang sentiasa percaya dan yakin akan segala janji-janji Allah kepada setiap hamba-Nya yang benar-benar bergantung hanya pada-Nya satu-satunya. Saya sendiri juga sedang cuba mendisiplinkan diri saya agar saya dapat menunaikan Solat Dhuha ini setiap hari yang mana biasanya saya mulai dgn solat taubat terlebih dahulu. Bukan lah berniat nak canang satu Malaysia yang "oooh saya buat setiap hari!". Niat saya sekadar ingin berkongsi kelebihan Solat Dhuha ini yang patut kita apply dlm amalan harian. Tapi jgn lupa...jgn lah buat sebab nak rezeki murah & luas...tapi ikhlas lah kerana Allah..apa yang penting kita sentiasa yakin dan ikhlas dengan Allah...okeh...peacceee. Mari kita lihat detail tentang solat dhuha ni 1. Apa Itu Solat Dhuha Solat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan di waktu pagi bermula dari jam 8.00 pg sehingga gelincir mataha...