Skip to main content

SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA

 Bismillahirrahmanirrahim..
Salam buat semua...kali ni saya nak share something yang sangat bermanfaat buat kita sebagai muslim yang sentiasa percaya dan yakin akan segala janji-janji Allah kepada setiap hamba-Nya yang benar-benar bergantung hanya pada-Nya satu-satunya. Saya sendiri juga sedang cuba mendisiplinkan diri saya agar saya dapat menunaikan Solat Dhuha ini setiap hari yang mana biasanya saya mulai dgn solat  taubat terlebih dahulu. Bukan lah berniat nak canang satu Malaysia yang "oooh saya buat setiap hari!". Niat saya sekadar ingin berkongsi kelebihan Solat Dhuha ini yang patut kita apply dlm amalan harian. Tapi jgn lupa...jgn lah  buat sebab nak  rezeki murah & luas...tapi ikhlas lah kerana Allah..apa yang penting kita sentiasa yakin dan ikhlas dengan Allah...okeh...peacceee. Mari kita lihat detail tentang solat dhuha ni

1. Apa Itu Solat Dhuha
  • Solat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan di waktu pagi bermula dari jam 8.00 pg sehingga gelincir matahari
  • Hukumnya sunat mu'akkad.
  • Paling sedikit dikerjakan 2 rakaat dan paling banyak 12 rakaat dengan dua rakaat salam
  • Sunat dibaca bila mana mengerjakan 2 rakaat shj, maka rakaat pertama membaca surah Asy-Syams dan rakaat kedua membaca surah Ad-Dhuha.
  • Sekiranya dikerjakan lebih dari dua rakaat, maka cukup membaca surah Al-kafirun pd rakaat pertama dan An-Naas pada rakaat kedua.
2. Keajaiban Solat Dhuha
  • Menjauhkan dari kemiskinan
  • Mempermudahkan keampunan dari Allah
  • Jalan untuk membuka pintu rezeki
  • Bentuk Sedekah
  • Sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah
  • Mengubah kesukaran menjadi kemudahan dalam mencari rezeki
  • Allah akan membina istana di syurga
  • Menajamkan hati nurani 
3. Cara mengerjakan Solat Dhuha
  •  Niat solat Dhua
  • Takbiratul ihram
  • Membaca doa iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca satu surah dlm Al-Quran
  • Rukuk dan tasbih 3 kali
  • Iktidal dan bacaannya
  • Sujud dan tasbih
  • Duduk antara dua sujud dan bacaannya
  • Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara di atas, kemudian tasyahud akhir lalu memberi salam
    4. Doa Solat Dhua

    Baca doa ini selesai solat

    Maksudnya:
    Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
    keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
    kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
    Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
    jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
    Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
    limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

    Comments

    ARTIKEL POPULAR

    Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

    Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

    BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

    Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

    INDAHNYA SEBAGAI WAHM(FULLTIME HOUSEWIFE, PART TIME WORKING)

    Bismillahirrahmanirrahim... WAHM @ Work At Home Mom..satu perkataan yang cukup popular & sgt trend sekarang. Zaman millenium ni saya rasa dah ramai ibu2 yg bekerja dari rumah. Maybe saya ketinggalan keretapi..WAHM..tapi Alhamdulillah...saya dah pun dapat title WAHM. Kalau dulu ibu bekerjaya adalah trend, tapi sekarang WAHM mmg trend. Kalau dulu pagi2 nak rushing anak2..angkut ke rumah babysitter, rush siapkan anak2 yg sekolah lg..kita lagi nak get ourself ready...mana takut jammed lg nak pg kerja..oohh..semua tu dah berlalu. Now saya dah tak payah pening2, rushing2 bagai...satu perasaan bahagia..bila pagi2 dapat tgk muka my baby tido..dgn bahagia..sweet..dapat berjimba2 mcm tu disaat org lain sibuk2 nak ke opis.. Belajar Sampai  Universiti..tapi duduk rumah je?! Bila saya berhenti kerja..tak kurang jgk yg sibuk.."Belajar sampai masuk U..takkan dok rumah je..rugi la". Kenapa ye..kalau belajar sampai dapat degree bagai..mesti keje opis, keje gomen, keje makan gaji..ke...

    KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

      Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

    PELABURAN EMAS: KAEDAH DELAY STOCK PRO & KONTRA

    Bismillahirrahmanirrahim Agak lama saya tak buat posting pasal emas. Bukan bermakna saya dah tak terlibat dengan emas ni lagi..masih aktif lagi ya. Cuma byk perkara2 lain yg memerlukan komitmen lebih dari berblog tentang emas.  Harga emas sepanjang tahun 2013, kalau kita perhatikan betul2 pergerakan agak agresif. Di satu masa Graf pergerakan harga akan naik mencanak sehingga 20-30 mata dan di satu saat harga emas tiba2 akan turun dengan tak disangka2. Secara purata pergerakan trend harga 2013 adalah "bearish" dalam erti kata lain, trend menurun. Bagi pelabur emas tegar sudah tentu dia akan dapat memanfaatkan situasi turun naik ini sebaik mungkin. Untuk entri ni saya nak share tentang konsep "Delay Stock" yang saya rasa sudah semakin popular dikalangan pemain-pemain emas. Skill bermain emas yang telah di retrokan dan di beri nafas baru. Apa itu Delay dan mengapa Delay? Konsep ni saya rasa sgt sesuai bagi org2 yang nak invest dlm emas dan sesuai bagi mereka yan...