Skip to main content

BELANJA DUIT BELI EMAS, BERBALOI KE?

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam buat semua...

Malas nak mukaddimah panjang, direct je...nak ajak orang berfikir..berbaloi ke belanjakan duit kita beli emas. Definitely lah berbaloi sgt kan. Memang la sekarang harga emas mahal..dan ramai yang akan kata:

1)Mahalnye harga sekarang, tak larat nak beli
2)Takde duit nak beli lebih baik simpan
3) Beli pun perempuan je yang pakainye..buat ape..
4) Emas yg ada pun dah byk, tak larat nak pakai


Okey sila betulkan mindset anda pada sesiapa yg ade kata2 dlm 4 senarai kat atas tu. Silap sama sekali kalau anda masih nak berkira2 untuk belanjakan sebahagian duit untuk emas. Kenapa?? Sebab....

1) Anda  keluar duit beli emas, tak bermakna duit anda habis ye, tapi sebenarnya anda dah simpan duit tu..cuma simpan dalam bentuk emas, wlwpun sekadar cincin, loket @ gelang tangan ia tetap bernilai. Kalau anda nak guna duit..anda boleh je pajakkan emas di Arrahnu atau pun jual je dekat org yg beli emas terpakai @ kedai emas dah boleh dpt cash wlwpun emas tu lama, rosak, putus. Cuba anda belanja duit beli I-pad ke, handbag beribu riban..bukan boleh senang2 nak tolak cam emas kan.

2) Mmg emas sinonim dgn pompuan, tapi sekarang dah ada macam2 emas yg boleh dijadikan sbg alat untuk pelaburan dan simpanan aset. Pilih je mana nak..goldbar,dinar, emas 999, barang kemas? Kalau pun dah ada satu set dari rantai leher sampai rantai kaki...beli la utk aset dan pelaburan masa depan. Anda boleh guna satu masa..mungkin nak beli tanah, pergi haji , pendidikan @ nak kenduri kawin ke..kan?

Kesimpulan
So anda semua yg dok berkira-kira dan berfikir-fikir nak beli ke tak nak...beli je..tak rugi pun beli emas sama juga mcm simpan duit anda balik kan. Harga pun makin lama makin naik. So bapak2 kalau ibu2 nak gelang mas...beli kan je. Fikir lama-lama pun harga makin lama bukan makin turun. Duitnya..cenggitu jugak kan..baik habiskan beli bende yg bermanafaat utk masa depan. Beli sikit2, lama2 jd bukit! Okey..renung2kan..selamat membeli. Silakan share kalau bermanfaat okey.

ARTIKEL POPULAR

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

INDAHNYA SEBAGAI WAHM(FULLTIME HOUSEWIFE, PART TIME WORKING)

Bismillahirrahmanirrahim... WAHM @ Work At Home Mom..satu perkataan yang cukup popular & sgt trend sekarang. Zaman millenium ni saya rasa dah ramai ibu2 yg bekerja dari rumah. Maybe saya ketinggalan keretapi..WAHM..tapi Alhamdulillah...saya dah pun dapat title WAHM. Kalau dulu ibu bekerjaya adalah trend, tapi sekarang WAHM mmg trend. Kalau dulu pagi2 nak rushing anak2..angkut ke rumah babysitter, rush siapkan anak2 yg sekolah lg..kita lagi nak get ourself ready...mana takut jammed lg nak pg kerja..oohh..semua tu dah berlalu. Now saya dah tak payah pening2, rushing2 bagai...satu perasaan bahagia..bila pagi2 dapat tgk muka my baby tido..dgn bahagia..sweet..dapat berjimba2 mcm tu disaat org lain sibuk2 nak ke opis.. Belajar Sampai  Universiti..tapi duduk rumah je?! Bila saya berhenti kerja..tak kurang jgk yg sibuk.."Belajar sampai masuk U..takkan dok rumah je..rugi la". Kenapa ye..kalau belajar sampai dapat degree bagai..mesti keje opis, keje gomen, keje makan gaji..ke...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

PELABURAN EMAS: KAEDAH DELAY STOCK PRO & KONTRA

Bismillahirrahmanirrahim Agak lama saya tak buat posting pasal emas. Bukan bermakna saya dah tak terlibat dengan emas ni lagi..masih aktif lagi ya. Cuma byk perkara2 lain yg memerlukan komitmen lebih dari berblog tentang emas.  Harga emas sepanjang tahun 2013, kalau kita perhatikan betul2 pergerakan agak agresif. Di satu masa Graf pergerakan harga akan naik mencanak sehingga 20-30 mata dan di satu saat harga emas tiba2 akan turun dengan tak disangka2. Secara purata pergerakan trend harga 2013 adalah "bearish" dalam erti kata lain, trend menurun. Bagi pelabur emas tegar sudah tentu dia akan dapat memanfaatkan situasi turun naik ini sebaik mungkin. Untuk entri ni saya nak share tentang konsep "Delay Stock" yang saya rasa sudah semakin popular dikalangan pemain-pemain emas. Skill bermain emas yang telah di retrokan dan di beri nafas baru. Apa itu Delay dan mengapa Delay? Konsep ni saya rasa sgt sesuai bagi org2 yang nak invest dlm emas dan sesuai bagi mereka yan...