Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

ARRAHNU

  Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan. Ini merupakan cara yang paling efektif dan popular dikalangan pelabur atau penyimpan emas iaitu dengan melakukan pajak gadai Islam ataupun Ar-Rahnu.Selain itu, Ar-rahnu juga boleh digunapakai sekiranya kita terdesak memerlukan wang seperti bayar deposit rumah, kereta dan sebagainya. Antara kelebihan Ar-Rahnu: Pembiyaan kewangan mematuhi udang-undang syariah Cepat,mudah dan selamat. Barang kemas yang disimpan di pastikan keselamatan dan insurans Murah berbanding pajak gadai konvensional. Upah simpan adalah tetap dan tidak berubah hingga penebusan Tempoh pajak gadai yang lebih lama @ boleh dipanjangkan Tiada penalti atau caj lewat dikenakan Sekiranya anda tidak mampu menebus semula,emas akan dilelong dan lebi