Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan. Ini merupakan cara yang paling efektif dan popular dikalangan pelabur atau penyimpan emas iaitu dengan melakukan pajak gadai Islam ataupun Ar-Rahnu.Selain itu, Ar-rahnu juga boleh digunapakai sekiranya kita terdesak memerlukan wang seperti bayar deposit rumah, kereta dan sebagainya.
- Pembiyaan kewangan mematuhi udang-undang syariah
- Cepat,mudah dan selamat. Barang kemas yang disimpan di pastikan keselamatan dan insurans
- Murah berbanding pajak gadai konvensional.
- Upah simpan adalah tetap dan tidak berubah hingga penebusan
- Tempoh pajak gadai yang lebih lama @ boleh dipanjangkan
- Tiada penalti atau caj lewat dikenakan
- Sekiranya anda tidak mampu menebus semula,emas akan dilelong dan lebihan hasil lelongan akan diberikan semula.
Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
- Rantai.
- Subang.
- Cincin
- Gelang tangan dan gelang kaki
- Keronsang dan loket
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.
1. Nilai Marhun: Marhun adalah nilai semasa emas kita. Contohnya, anda memiliki emas seberat 50 gram. Katakan harga pajakan semasa bank adalah RM 175/grm. Jadi nilai marhun emas anda adalah RM 8750 (50grm x RM 175).
2. Nilai pinjaman: Bermaksud jumlah pinjaman yang diberikan berdasarkan Nilai Marhun barang kemas anda. Biasanya kadar 65% diberikan bagi yang pertama kali membuat pajak gadai & 70% utk kali kedua pajak gadai. Contoh, berdasarkan nilai marhun di atas,so nilai pinjaman anda adalah RM 5680(RM 8750 x 0.65). Anda boleh membayar pinjaman ini secara ansur-ansur atau menebus semula barang kemas yang digadai sekaligus, pada atau sebelum tamat tempoh gadaian beserta dgn upah simpan.
3. Upah Simpan: Bermaksud kadar caj yang dikenakan oleh pihak bank ke atas barang kemas yang digadaikan. Upah simpan dikira berdasarkan Nilai Marhun emas yang telah dinilai oleh bank. Lagi tinggi nilai marhun, lagi tinggi upah simpan. Biasanya caj yang dikenakan adalah RM 0.75 bagi setiap RM 100 nilai emas(Sila rujuk dilaman web bank2 yang berkenaan). So contoh upah simpan anda adalah RM 65.63 sebulan(RM 8750/100) x 0.75).Ini adalah berdasarkan pengalaman saya memajak di Arrahnu BankRakyat.
4. Tempoh Gadaian: Bermaksud tempoh yang diberikan oleh pihak bank untuk anda menebus kembali emas yang digadaikan. Biasanya untuk permulaan Tempoh Gadaian adalah 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi sehingga 6 bulan berikutnya dgn syarat upah simpan untuk 6 bulan pertama telah dijelaskan.
5. Lelongan: Sekiranya anda tidak dapat membayar jumlah pinjaman @ tidak membayar upah simpan melebihi 6 bulan @ menebus kembali emas anda, pihak bank akan melelong emas tersebut. Pihak bank akan menghantar notis kepada anda terlebih dahulu.
- Sekiranya anda memilih untuk menjelaskan upah simpan untuk 6 bulan, maka Tempoh Gadaian akan dilanjutkan lagi sehingga 6 bulan berikutnya.
- Sekiranya anda tidak mampu membuat sebarang bayaran..maka emas anda akan dilelong pada harga semasa ketika lelongan. Contoh harga semasa adalah RM 185/grm..So emas anda akan dilelong dgn harga RM 9250 (50grm x RM 185)
65% Nilai pinjaman anda = RM 5680
Upah simpan 6 bulan = RM 393.78 ( RM 65.63x 6)
<>5 % caj lelongan (anggaran shj) = RM 462.5 (RM9000 x 0.05)
Lebihan anda yg dipulangkan = RM 2,713.72 (9250-5680-393.78-462.5)
** Tip : Kalau boleh elakkan lelongan..sayang emas anda..boleh bayar ansur-ansur, atau bayar saja upah simpan, nanti bila dapat bonus @ ada lebih duit tebus semula emas anda.
Perkhidmatan Arrahnu
Di Malaysia, sehingga hari ini antara 3 institusi terbesar yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam iaitu
1. Ar-Rahnu Bank Rakyat
2. Ar-Rahnu Koperasi Yapeim
3. Ar-Rahnu Agrobank
Perbezaan ketara antara semua institusi Ar-Rahnu diatas mahupun pajak gadai konvensional terdapat pada 3 perkara
1. Upah simpan.
2. Tempoh penebusan.
3. Emas yang boleh dipajak.
Walaupun terdapat juga perbezaan lain seperti syarat-syarat namun ia tidaklah begitu penting kerana ia hampir sama dan tidak menjejaskan tujuan kita melakukan pajak gadai. Berikut adalah serba ringkas perbezaan pajak gadai ini
Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.
Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:
- Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
- Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
- Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak. - Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
- Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
barang gadaian tersebut dengan baik. - Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :
- Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi. - Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
- Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
membebankan para penggadai yang memerlukan wang. - Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
koperasi khasnya dan umat Islam, amnya. - Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
- Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.
Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:
Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
Konsep:
Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
- Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
- Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
unsur riba’atau faedah. - Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
- Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
- Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
- Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
simpanan penerima gadaian. - Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
- Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
KESIMPULAN
Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.
sumber:- ANGKASA KOOP(ARKIB JANUARI 05)
Comments