EMAS KU TERSONTOT: RANCANG DAN URUS SENDIRI



Since came back from umrah, hati saya agak malas nak buat sales emas. Penat sbb saya terpaksa spend byk masa outdoor compare to focus pada anak2 . So no point saya resign kalau tak byk focus pd dorang. Wlw bagaimanapun saya still move on dgn emas, being a loyal ‘GOLD COLLECTOR’. Sepanjang thn 2014 up until now, harga emas mmg lah tak segemilang zaman 2010-2012. Plus pula skim2 merapu yang saya rasa ramai juga di kalangan rakan2 yang tersontot dgn skim delay lah, ETA lah, 3 kotak lah..tak tau lah ke mana tenggelam semua tu skrg ni…yang menambahkan lg kabut dikalangan gold player. Bg yang bijak selamat lah, and akan guna peluang ni utk stock up emas masing2. Alhamdulillah, Allah masih lapangkan fikiran saya agar beringat “harta sendiri uruskan sendiri” & saya tetap bertegas “Duit dah byr, Brg wajib dpt” . Takda istilah delay2 @ Eta bagai.

Actually saya bukanlah nak komen pasal zaman kabut kesontotan skim2 yg wakalah2/Pengelola2 jalankan tu. Yg dah sontot tu ambil lah iktibar dan beringat. Sekadar nak motivate rakan2 yg terkena tu jgn lah Uols serik mahupun give up dgn Emas. Emas kalau diurus dgn baik & ilmu yang cukup di dada, In Syaa Allah ia akan menjadi satu potensi besar pada kita.


Skill Pairing Emas

1)Pairing ni salah satu skill popular di kalangan Gold Manipulator. I learnt a lot with it. Utk saya dan suami, Alhamdulillah bermula dgn cicil2 emas kami dapat pairing kan emas dgn tanah. Sebahagian emas saya jual, dan sebahagian saya pajak di Arrahnu, Alhamdulillah kami dapat memiliki sebidang tanah dan bina rumah idaman ikut design sendiri. Bulan2 saya cuba tebus sikit2 emas, hasilnya..tanah dapat, rumah dapat, emas pun tetap dapat.


2) Dengan pairing Emas juga, Alhamdulillah kami dapat memiliki 4 biji Myvi yang mana kesemuanya telah kami sewakan. Bermula dengan sebiji, 2 biji dan upgrade kpd 4 biji. Since 2010 saya dah resign, dan bukan senang org tak kerja mcm saya nak apply loan kereta kan? Tp Alhamdulillah hasil cicil2 emas yg saya dan suami ada, saya pajakkan ke Arrahnu, so kami dpt beli cash. Sebahagian dari hasil sewa kami gunakan untuk tebus semula emas yang di pajak hingga selesai. Sebahagian lg hasil kami buat saving and cuba stock up lg sikit2. Habis tebus, kami pajak semula untuk next car up until now 4 biji dan In Syaa Allah, ada rezeki doakan kami tambah lg. At the end kereta dapat, emas dapat, duit tepi pun dapat.

3) Kesimpulan,Emas kalau kita pandai manipulasi dan urus dgn bijak byk potensi2 lain yg boleh kita dapat tanpa perlu nak submit loan. Uols nak modal biz pun boleh manipulate dr emas yg ada. Asalkan kita disiplin, sabar dan jgn tamak. Bermula lah wlw hanya mampu dgn sebentuk cincin, kerana dgn sebentuk tu Uols akan dpt pula memiliki rantai tgn, rantai leher, gelang. Sikit2 lama2 jadi bukit.

4) Sometime ayat2 denial dlm kepala uols..byk duit boleh la beli emas byk2. Saya dan suami jg ambil masa stock up, bukan sekejap dan bukan dtg bergolek. 10 thn kerja, saya gunakan sebaik mungkin utk modal stock up. Saya punya impian “Don’t work for money, let’s the money works for Me”. Sbb I tak mau la habiskan waktu byk kat meja ofis..biarla pencen awal..boleh la berjimba2 dan lebih byk masa utk suami dan ank, sekaligus peluang mendekatkan diri pd Sang Pencipta. Ok lah Uols kalau bermanfaat Alhamdulillah, doakan la saya murah rezeki ye…kalau sekadar sampah bacaan uols..abaikan lah. Ingat, "Percaya sebelum berjaya" 
#AndaBuatAndaDapat
#OranglainBuatOranglainDapat

TIP
Antara Goldbar, Dinar dan barang kemas saya lebih memilih barang kemas kerana barang kemas lebih mudah di terima di kebanyakan Arrahnu berbanding Goldbar & Dinar. Jadi kami telah pun jual most of our Goldbar dan replace dgn barang kemas tp yg padu & kos upah rendah. Suatu waktu dulu,yess mmg goldbar diterima..tp ntah kenapa..lately tak semua Arrahnu terima..so we sold & replace. Saya lebih gemar collect brg kemas padu & berat 20 grm ke bwh.. senang modal nak beli, senang nak pajak, juga senang modal nak tebus di Arrahnu..sbb kita boleh tebus one by one…take time & tak perlu tebus semua sekaligus. One more tip, kalau nak pilih Arrahnu pilih la yg bukan bwh kelolaan bank ye..cari yg bwh koperasi..coth mcm yapiem, Ar rahn @ Arrahnu yg di kelola oleh lain2 koperasi..asalkan bukan bwh Bank supaya nama kita tak naik ada rekod pinjaman dgn Bank. Till then..babai.
#AndaBuatAndaDapat
#OranglainBuatOranglainDapat
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,