Since came back from umrah, hati saya agak malas nak buat
sales emas. Penat sbb saya terpaksa spend byk masa outdoor compare to focus pada
anak2 . So no point saya resign kalau tak byk focus pd dorang. Wlw
bagaimanapun saya still move on dgn emas, being a loyal ‘GOLD COLLECTOR’.
Sepanjang thn 2014 up until now, harga emas mmg lah tak segemilang zaman
2010-2012. Plus pula skim2 merapu yang saya rasa ramai juga di
kalangan rakan2 yang tersontot dgn skim delay lah, ETA lah, 3 kotak
lah..tak tau lah ke mana tenggelam semua tu skrg ni…yang menambahkan lg kabut
dikalangan gold player. Bg yang bijak selamat lah, and akan guna peluang ni utk
stock up emas masing2. Alhamdulillah, Allah masih lapangkan fikiran
saya agar beringat “harta sendiri uruskan sendiri” & saya tetap bertegas “Duit
dah byr, Brg wajib dpt” . Takda istilah delay2 @ Eta bagai.
Actually saya bukanlah nak komen pasal zaman kabut
kesontotan skim2 yg wakalah2/Pengelola2
jalankan tu. Yg dah sontot tu ambil lah iktibar dan beringat. Sekadar nak
motivate rakan2 yg terkena tu jgn lah Uols serik mahupun give up dgn
Emas. Emas kalau diurus dgn baik & ilmu yang cukup di dada, In Syaa Allah
ia akan menjadi satu potensi besar pada kita.
Skill Pairing Emas
1)Pairing ni salah satu skill popular di kalangan Gold
Manipulator. I learnt a lot with it. Utk saya dan suami, Alhamdulillah bermula
dgn cicil2 emas kami dapat pairing kan emas dgn tanah. Sebahagian emas saya
jual, dan sebahagian saya pajak di Arrahnu, Alhamdulillah kami dapat memiliki
sebidang tanah dan bina rumah idaman ikut design sendiri. Bulan2
saya cuba tebus sikit2 emas, hasilnya..tanah dapat, rumah dapat,
emas pun tetap dapat.
2) Dengan pairing Emas juga, Alhamdulillah kami dapat
memiliki 4 biji Myvi yang mana kesemuanya telah kami sewakan. Bermula dengan
sebiji, 2 biji dan upgrade kpd 4 biji. Since 2010 saya dah resign, dan bukan
senang org tak kerja mcm saya nak apply loan kereta kan? Tp Alhamdulillah hasil
cicil2 emas yg saya dan suami ada, saya pajakkan ke Arrahnu, so kami
dpt beli cash. Sebahagian dari hasil sewa kami gunakan untuk tebus semula emas
yang di pajak hingga selesai. Sebahagian lg hasil kami buat saving and cuba
stock up lg sikit2. Habis tebus, kami pajak semula untuk next car up
until now 4 biji dan In Syaa Allah, ada rezeki doakan kami tambah lg. At the
end kereta dapat, emas dapat, duit tepi pun dapat.
3) Kesimpulan,Emas kalau kita
pandai manipulasi dan urus dgn bijak byk potensi2 lain yg boleh kita
dapat tanpa perlu nak submit loan. Uols nak modal biz pun boleh manipulate dr
emas yg ada. Asalkan kita disiplin, sabar dan jgn tamak. Bermula lah wlw hanya
mampu dgn sebentuk cincin, kerana dgn sebentuk tu Uols akan dpt pula memiliki
rantai tgn, rantai leher, gelang. Sikit2 lama2 jadi
bukit.
4) Sometime ayat2
denial dlm kepala uols..byk duit boleh la beli emas byk2. Saya dan
suami jg ambil masa stock up, bukan sekejap dan bukan dtg bergolek. 10 thn
kerja, saya gunakan sebaik mungkin utk modal stock up. Saya punya impian “Don’t
work for money, let’s the money works for Me”. Sbb I tak mau la habiskan waktu
byk kat meja ofis..biarla pencen awal..boleh la berjimba2 dan lebih
byk masa utk suami dan ank, sekaligus peluang mendekatkan diri pd Sang
Pencipta. Ok lah Uols kalau bermanfaat Alhamdulillah, doakan la saya murah
rezeki ye…kalau sekadar sampah bacaan uols..abaikan lah. Ingat, "Percaya sebelum berjaya"
#AndaBuatAndaDapat
#OranglainBuatOranglainDapat
#AndaBuatAndaDapat
#OranglainBuatOranglainDapat
TIP
Antara Goldbar, Dinar dan barang kemas
saya lebih memilih barang kemas kerana barang kemas lebih mudah di terima di
kebanyakan Arrahnu berbanding Goldbar & Dinar. Jadi kami telah pun jual
most of our Goldbar dan replace dgn barang kemas tp yg padu & kos upah
rendah. Suatu waktu dulu,yess mmg goldbar diterima..tp ntah kenapa..lately tak
semua Arrahnu terima..so we sold & replace. Saya lebih gemar collect brg
kemas padu & berat 20 grm ke bwh.. senang modal nak beli, senang nak pajak,
juga senang modal nak tebus di Arrahnu..sbb kita boleh tebus one by one…take time
& tak perlu tebus semua sekaligus. One more tip, kalau nak pilih Arrahnu
pilih la yg bukan bwh kelolaan bank ye..cari yg bwh koperasi..coth mcm yapiem,
Ar rahn @ Arrahnu yg di kelola oleh lain2 koperasi..asalkan bukan
bwh Bank supaya nama kita tak naik ada rekod pinjaman dgn Bank. Till
then..babai. #AndaBuatAndaDapat
#OranglainBuatOranglainDapat
Comments