Bismillahirrahmanirrahim..
Salam semua,
Oleh itu adalah penting untuk membuat keputusan bilakah waktu yang tepat untuk membeli, iaitu ketika harga emas sedang turun atau harga rendah, juga perlu cek rate harga bank selalu. Keuntungan akan diperolehi apabila harga emas kita lebih tinggi dari harga sewaktu kita membuat belian. Contoh, Katakan kita telah membeli 50 gram emas dgn harga RM 100/grm pada bulan Januari. Andaikan pada bulan April harga emas tersebut telah mencecah RM 130/gram.
Untuk entri ni saya nak share cara nak kira keuntungan akaun emas anda. Part kira untung ni mesti semua nak tahu macam mana nak kira.
Akaun Simpanan Emas ni keuntungan diperolehi apabila harga jual emas kita telah meningkat dari harga belian kita dengan pihak bank. Biasanya apabila kita ingin membeli emas dari pihak bank, kita akan membeli dengan harga “Sell” dan apabila kita ingin menjual semula emas kita pada bank, bank akan membeli emas tersebut dgn harga “ Buy “ Seperti contoh di bawah :
KADAR HARGA EMAS HARIAN KFH |
Oleh itu adalah penting untuk membuat keputusan bilakah waktu yang tepat untuk membeli, iaitu ketika harga emas sedang turun atau harga rendah, juga perlu cek rate harga bank selalu. Keuntungan akan diperolehi apabila harga emas kita lebih tinggi dari harga sewaktu kita membuat belian. Contoh, Katakan kita telah membeli 50 gram emas dgn harga RM 100/grm pada bulan Januari. Andaikan pada bulan April harga emas tersebut telah mencecah RM 130/gram.
Belian pd harga RM100/g = RM 5000 ( 100x50 gram)
Kenaikan pd harga RM130 = RM 6500 (130 x 50 gram)
Keuntungan Anda = RM 1500 ( 6500-5000)
Kita sudah boleh jual emas kita kalau mahu ambil keuntungan tersebut. Tapi tak perlu jual semua, jual keuntungan kita saja iaitu RM 1500. Bagaimana caranya..lihat contoh :
Keuntungan/ Harga Kenaikan à RM 1500 / RM 130 = 11.53
Maknanya kita hanya perlu jual emas kita sebanyak 11 gram saja. Tapi memandangkan kita boleh jual dlm gandaan 5…so jual 10 grm saja la. Jadi keuntungan yg boleh diambil adalah RM1300 (130 x 10 grm). Dengan itu baki terbaru emas kita adalah 40 gram, akan tetapi nilainya telah meningkat menjadi RM5200 ( RM130 x 40). Best kan??
Kita juga boleh pilih utk top up jumlah gram emas bila2 yang kita mahu. Kalau ada duit lebih..beli je emas..jgn habiskan duit tu beli benda2 yg tak bernilai @ susut nilai. Kalau kita konsisten beli..jumlah emas kita pun akan bertambah..dan harga emas juga akan dikira berdasarkan “ Averaging Cost” harga purata segram. Contoh :
Baki emas semasa = 40 gram @ RM 5200
Belian/ Top up = 10 grm pada harga RM 140 = 1400 (140 x 10)
Harga purata segram = RM 132 ((5200+1400) / (40g+10g))
So kita untung, wlwpun harga semasa adalah RM140, tetapi harga belian purata emas kita adalah RM132 jd kita untung RM 8. Kalau kita terperasan harga emas jatuh…so ambil la peluang tu utk beli sebanyak yg mungkin sebab ini akan memaksimakan keuntungan kita apabila harga emas naik melambung coz harga emas kita dikira berdasarkan averaging cost. Lagi rendah harga kita dpt beli, lagi bagus. Then bila harga naik tinggi..kita akan dpt untung yg maksima.
Kesimpulannya..pada pendapat saya..kalu takde keperluan nak guna duit sgt, tak perlu jual emas tu dulu, kecuali kalau terdesak ak pakai duit. Emas ni, lagi lama kita simpan..lagi tinggi nilainya. Tapi kalau nak merasa untung tu..jual je la kan. Renung2 kan dan selamat beramal! Semoga info ini dpt memberi manfaat pada kita semua.
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan:
Comments