Skip to main content

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

 Salam semua,

Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank.

Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ?

Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu, tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah RM100.

Surat Gadaian Pertama
Nilai Marhun Emas : RM 5000 (100 x 50 grm)
Nilai Pinjaman        : RM 3500 (5000 x 70%) – bank akan beri pinjaman 70% dari nilai marhun
Upah Simpan Sebulan   : RM 37.50
Tarikh Matang   : Bulan Jun (Tempoh gadaian 6 bulan)
Dengan info di atas kita andaikan ada kenaikan harga pajak RM105 pada bulan Februari. So utk buat overlap ni, kita hanya perlu ke kaunter bank dan minta untuk memperbaharui surat gadaian dgn harga baru. So automatik, Surat Gadaian Pertama akan terbatal dan diperbaharui dgn Surat Gadaian yang kedua yang di buat pada bulan Februari. Pihak bank akan memulangkan lebihan tunai yang ada pada kita setelah ditolak nilai pinjaman pertama dan kos upah simpan, seperti contoh di bawah :
Surat Gadaian Kedua
Nilai Marhun Baru : RM 5250 (105 x 50 grm)
Nilai Pinjaman Baru : RM 3675 (5250 x 70%) – bank akan beri pinjaman 70% dari nilai marhun
Upah Simpan Sebulan yg Baru   : RM 39.38
Tarikh Matang Baru  : Bulan Julai (Tempoh gadaian 6 bulan)
Untung Overlap : RM 137.5 ( 3675 -3500 -37.50) -> pinjaman pertama – pinjaman kedua-kos upah sebulan.
Calculation ni adalah berdasarkan kenaikan RM 5 dari harga mula-mula kita pajak. Berdasarkan info yang saya tahu..hanya buat overlap jika berlaku kenaikan harga RM 5 dan ke atas. Kalau bawah dari RM 5, jgn overlap! Sebab mungkin tak berbaloi selepas kita tolak upah simpan. Tapi kalau anda calculate masih untung, tak jadi satu kesalahan kalau nak buat.
Saya sendiri pernah buat overlap ni di Arrahnu Bank Rakyat. Harga emas yang saya pajak telah naik RM 8 setelah 2 minggu saya pajak emas tersebut. So dgn kenaikan RM 8 ni, saya ambik peluang untuk buat overlap ni. Alhamdulillah dlm 2 minggu saya dpt lebih kurang RM 200 setelah tolak kos upah simpan dan nilai pinjaman sebelumnya. Sekiranya kita buat overlap tak sampai sebulan kos upah simpan akan dikira berdasarkan hari. Tapi bank rakyat telah menetapkan sekiranya kita overlap kurang dari 15 hari, kos upah simpan minimum akan dikira berdasarkan 15 hari. Contoh (37.50 / 2 = RM 18.75 ). Sekiranya lebih 15 hari tapi kurang dari 30 hari..kos akan dikira mengikut jumlah hari sehingga kita buat gadaian terbaru. Contohnya jika kita overlap gadaian setelah 18 hari dari gadaian sebelumnya, so upah simpan akan dikira

(37.5 / 30) x 18 = 22.5 à Kos upah simpan untuk 18 hari
So untung overlap dikira ( pinjaman 2- pinjaman 1- upah simpan 18 hr).


Keburukan Overlap
Dengar macam best untung overlap ni kan. Tapi kita jgn lupa, setiap kali kita overlap, nilai pinjaman kita akan meningkat, dan kalau tak tertebus, emas tersebut akan di lelong. Sekiranya kita mahu buat overlap, bagi saya lebih baik kita pajak emas yg mmg kita tak pakai @ tak kisah sekiranya dilelong satu hari nanti. Macam saya, saya beli emas(Gelang Belah Rotan) khas untuk buat pajak dan overlap. Mmg patern dia tak cantik, kosong dan mmg tak boleh dipakai tapi di terima utk dipajak. Duit pinjaman hasil pajak tu, saya gunakan beli emas jgk. So saya tak kisah kalau satu hari nanti ia akan dilelong. Lagi pun kalau bank lelong saya masih dapat untung, sbb bank akan return hasil lelongan pada saya setelah ditolak nilai pinjaman dan kos upah seperti yg saya share dlm artikel Apakah Arrahnu. Ok..renung-renungkan dan selamat melabur!

Comments

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingga 70

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m

KESAN SAMPINGAN MAKAN MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)

Salam Uols... This entry saya nak share kesan / effect yang saya alami setelah beberapa tahun saya mengamalkan pengambilan Maajun Anggun Bistari. Mesti uols tertanya2 & was-was kan? Disaat entry ni ditulis dah masuk 5 tahun saya makan MAB and almost 2 tahun dah saya jadi pengedar Maajun ni. Setia kan aku...muahahaha...tak pernah le saya setia makan sesuatu produk macam mana setianya saya dengan Maajun MAB ni. Maajun Anggun Bistari ni lah paling setia saya amalkan..yang lain tu hangat2 taik ayam je. Kenapa saya nak up entry ni? Sebab saya tak larat nak ulang jawap soalan yang sama dari customer2 yang berminat nak try MAB. Uols tau tak..soalan2 wajib, kerap dan sama je yang customer tanya. Meh saya list down soalannya & Insyaallah saya akan bg jawapan utk setiap soalan tu. 1) Soalan paling popular.. Ok ke maajun ni? Selamat ke maajun ni sebagai perancang? Tak termengandung ke nanti? Uols....kalau lah Maajun Anggun Bistari ni tak ok, saya takkan sesetia ni sebagai pengguna