Kesedaran saya tentang emas ni bermula agak lambat.
Waktu harga emas dah cecah RM130 ++. But still affordable for me to have it as an investment. I started my gold journey on November 2010 with Maybank Gold Account Passbook with initial deposit 15gram with price RM 137.75 per gram..dah mahal kan?? Tapi sekarang (2012) lagi mahall!!!
Then January 2011 harga emas turun sikit jadi RM 131.80 per gram. So saya ambil peluang ni utk top up gram emas saya dan harga emas saya akan dikira berdasarkan "averaging cost". Contoh :
belian pertama= 2066.25 (137.75 x 15grm)
belian kedua = 6590 ( 131.8 x 50grm)
Harga purata per gram = RM 133.17 per grm ((2066.25+6590)/ (15+50) )
belian kedua = 6590 ( 131.8 x 50grm)
Harga purata per gram = RM 133.17 per grm ((2066.25+6590)/ (15+50) )
Dan..tak sampai setahun..harga emas melonjak naik(sekitar bulan Ogos 2011) Dari purata per gram semasa saya beli RM133.17..harganye telah pun mencecah RM 179. Saya untung RM 46 ringgit untuk setiap gram. Nilai untuk 65 gram emas saya telah meningkat dari RM 8656.05 kepada RM 11,635.
Tak sampai setahun saya untung +_ RM 3000..saya dah boleh jual emas saya untuk ambik untung tu...tapi tak perlu jual semua ye... just jual nilai keuntungan saje. Bermula dari situ...saya mula kumpul segala maklumat tentang pelaburan emas.
Alhamdulillah suami saya juga tiba-tiba turut berminat selepas melihat keuntungan saya invest dlm emas ni. Tetapi fokus saya masih lagi pelaburan melalui Akaun Simpanan Emas Maybank. Sehinggalah satu hari seorang sahabat ibu saya datang ke rumah..dan bercerita tetang teknik pelaburan emas Arrahnu. Saya dan suami agak teruja..dgr cerita beliau yang bgtau macam mana beliau dpt keuntungan hanya dengan overlap Arrahnu. Pada asalnya beliau hanya memajakkan barang kemasnya atas sebab terdesak nak pakai duit.
Setelah 6 bulan beliau memajakkan emasnya, pihak bank pun call untuk remind yg tempoh gadaian beliau sudah tamat. Beliau perlu menebus emas tersebut dan byr upah simpan sekiranya beliau mahukan emas-emas yang digadaikan. Di pendekkan cerita, beliau pun pergi ke bank untuk extend lagi tempoh gadaian. Tetapi dlm masa 6 bulan tu, nilai emas yg dipajakkan telah pun meningkat dari nilai emas sewaktu beliau mula2 pajakkan emas tersebut. Jadi beliau cuma perlu memperbaharui surat gadaian dgn harga gadaian baru.
Dan dgn harga baru itu sekaligus dpt overlap harga gadaian sebelumnya dan selepas ditolak upah simpan oleh bank… beliau masih boleh dapat cash dari bank. Sehinggi kini, hampir 5 tahun beliau tak pernah menebus emas yg dipajak, hanya sekadar memperbaharui surat gadaian apabila berlaku kenaikan harga, dan ambil cash dari bank hasil dari keuntungan nilai gadaian baru tersebut. Untuk info lanjut berkenaan overlap ini boleh baca artikel di page Tentang Emas(Teknik Overlap Arrahnu.Sila Klik).
Start dengar story beliau saya dan suami pun google la pasal ni. And mmg ada pun saya jumpa, artikel2 berkaitan overlap Arrahnu.
Bila dah byk dpt info pasal emas ni …saya start google & cari produk2 berkaitan emas pelaburan dan cari harga yang paling kompetetif. Untuk langkah pertama, saya pajakkan barang kemas milik saya sendiri(lebih kurang 100grm), dan dgn itu saya dapat pinjaman dari Arrahnu sebanyak RM14,250 (Dah pun saya tebus bulan Januari 2012 tu..heheh).
Waktu saya pajak tu, harga emas mmg tgh tinggi. Duit tu saya hold dulu dan tunggu hingga harga emas jatuh. Berdasarkan pemerhatian saya, harga emas akan jatuh menjelang Deepavali @ krismas @ Chinese New Year. So bila saya tgk harga emas jatuh menjunam saya pun buat belian emas fizikal saya yang pertama. Saya start dgn beli barang kemas 999 Sri Ayu. Then saya pajakkan brg kemas ni, saya top up KFH Gold Account-I saya, beli Goldbar, Dinar dan buat modal bisnes barang kemas(kecil-kecilan).
Kesemua emas ni saya beli ketika harganya mmg tgh cantik dan rendah. Alhamdulillah rezeki dari Allah, juga dgn kerjasama Suami yang bagi saya info untuk analisis teknikal harga emas…saya dapat buat belian pada waktu yang tepat.
Idea nak buat bisnes ni pulak datang dari husband yang bg cadangan sambil2 saya kumpul2 emas tu, apekata sambil2 bisnes jugak. Bukan rugi pun..sebab nilai emas ni akan sentiasa naik dan cantik plak tu. Kalau tak percaya..cubalah bawa barang kemas anda yang ada dan tanya kedai @ pajak gadai..berapa nilainya..sama tak dgn nilai yg anda beli dulu. Lagi pun saya rasa daripada anda habiskan duit yang ada beli Blackberry @ Gucci @ LV @ Coach @ apepe la yg sewaktu dgnnya..anda mesti igt kesemua brg ni akan susut nilai @ mungkin takde nilai bila dah lama nanti.
Kalau terdesak pun anda tak boleh nak jual @ gadai semudah anda jual @ gadai emas. Emas ni boleh jual kat kedai emas, pajak kat bank @ jual je semula pada dealer emas anda.
Lagi satu, saya fikir..nak beli harta lain macam rumah @ tanah perlu modal yang besar, dan loan yang besar juga amaunnya. Sebijik rumah pun loan sampai 20~30 thn. Tapi kalau emas, saya boleh beli dan tambah sikit2 jadikan harta. Nilainya pun akan sentiasa meningkat. Lagipun emas juga mudah nak dibahagikan antara anak2 saya, tak perlu prosedur2 yang menyusahkan. Tapi kalau tanah @ rumah @ kereta byk prosedur leceh yg perlu dilakukan untuk buat pembahagian. (Exspecially kalau something happen dan hakmilik blm tukar nama). Boleh makan masa sampai 3~4 bln.
Lagi satu sebab terpenting saya boleh terlibat dgn emas ni, apabila satu ketika saya dan suami nak beli barang kemas kat kedai “WAH CHAN” masa tu. Dan sales person tu cerita la pada saya dan suami, tentang kenaikan harga emas ni. Beliau sendiri telah mula menyimpan jongkong emas sejak dibangku sekolah lagi, kerana sawaktu beliau sekolah(sekolah Cina), dlm subjek Ekonomi sememangnya diajar tentang betapa pentingnya simpan emas ni. Ianya boleh digunakan untuk beli rumah, buat modal bisnes dan byk lagi. So saya fikir kalau cina ni pun dah simpan dari sekolah lagi..kenapa aku tak nak simpan..kan???
And now Alhamdulillah hasil perkongsian saving saya dan suami juga duit hasil pajak emas, dptlah suami saya jadi dealer dan beli sikit2 stok brg kemas Semoga info2 ni dpt membantu sesiapa sahaja yg ingin memulakan pelaburan emas ini.
bacaan yg sgt sgt menarik, terima kasih kerana berkongsi. sedikit sebanyak saya dpt memahami urus niaga emas ini.
ReplyDelete