Skip to main content

EMAS SIMPANAN ATAU PELABURAN

Agaknya, Emas yg kita beli tu berada dalam kategori simpanan ke, boleh kita jadikan pelaburan??

Simpanan biasanya dikumpul secara beransur-ansur, ditambah secara berkala dengan tujuan boleh digunakan apabila diperlukan. Dengan kata lain, ianya mudah dicairkan bila tiba masanya.

Pelaburan pula, lebih kepada simpanan dalam jumlah tertentu dengan tujuan mendapatkan pulangan dari initial simpanan dalam jangka masa tertentu. Biasanya mengambil masa paling kurang pun satu tahun.

So, EMAS ni dalam kategori mana? Pendapat saya, emas adalah kedua-duanya. Simpanan dan juga Pelaburan.


Emas Sebagai Simpanan. Jika kita sudah membiasakan diri menyimpan sejumlah wang gaji setiap bulan, sama ada kedalam ASB, unit trust, tabung haji atau akaun semasa yg kadang-kadang tiap ujung bulan kita cucuk kat ATM semula. Saya menyarankan agar kita menukar strategi simpanan kita ke dalam bentuk emas. Cara terbaik ialah membeli dinar setiap bulan (jika simpanan bulanan melebihi RM600) atau 1 Dinar setiap 3@4 bulan. Pilihan kedua ialah simpanan melalui Gold Passbook.  (Akaun Simpanan Emas)
Kenapa perlu menyimpan emas?
Emas merupakan penyimpan nilai yg terbaik. Berbanding kaedah simpanan lain, emas lebih selamat dan menjanjikan peningkatan nilai yg lumayan disebalik simpanan kita. Mungkin ada yg beranggapan susah untuk menjual semula atau mencairkan aliran tunai bila kita terdesak memerlukan wang dari simpanan tadi. Betul, tapi ada caranya. Selain menjual kembali emas simpanan, kaedah terbaik ialah menggadaikan emas kita tadi untuk mendapatkan tunai. Dengan cara ini, simpanan emas masih lagi menjadi hak milik kita sebaik sahaja kita membayar kembali pinjaman yg dibuat. Jika kita tak mampu menebus kembali, kita masih lagi mendapat baki nilai emas sebaik sahaja emas dijual melalui lelongan.

Emas Sebagai Pelaburan. Sebagai seorang pelabur, 2 perkara utama yg menjadi faktor pemilihan jenis pelaburan ialah pulangan dan risiko pelaburan. Berbanding instrumen lain, Emas menjanjikan pulangan yg stabil, lumayan dan selamat. Risiko yang ditanggung amat kecil dan hampir tiada jika pelaburan dibuat dalam jangka masa yg panjang. Sebagai contoh, ASB dianggap sebagai pelaburan yg terbaik dengan purata pulangan 8% setahun, kurang risiko dan mudah diuruskan. Emas dgn ciri yang sama, kurang risiko dan mudah diuruskan memberikan pulangan purata hampir 4 kali ganda dari ASB. Pulangan purata 27% menjadikan emas pilihan pelaburan yang lebih baik. Emas juga bukan sekadar pelaburan, dengan teknik yg betul (kaedah gadai dan beli) kita dapat menggandakan pulangan emas hampir 2 kali ganda pulangan tahunan hanya dengan sedikit usaha.

**Tip pelaburan :
  1. Walaupun emas merupakan penyimpan nilai terbaik dan menjadi pilihan utama untuk dijadikan simpanan dan pelaburan, pembaca dinasihatkan mendapatkan info dan ilmu yg mencukupi sebelum memulakan langkah pertama membeli emas.
  2. Pelaburan yang baik ialah dengan mengagihkan pelaburan dalam beberapa instrumen yang tertentu. Jangan melabur kesemua wang anda dalam satu produk pelaburan semata-mata kerana pulangan yg tinggi. Agihkan pelaburan kepada peratusan tertentu bergantung pada tahap risiko yg kita mampu tangani. (Contoh : 50% Emas, 25% ASB dan 25% Hartanah)

Comments

ARTIKEL POPULAR

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

TENDER TERBUKA EMAS LELONG BANK RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Salam buat pengunjung yg sudi visit blog saya. Tqvm for ur support. For this entry saya nak share berkenaan tender emas lelongan awam bank rakyat. Sehingga bulan september 2012 ni dah saya dah beberapa kali berjaya dalam lelongan awam emas tersebut. Alhamdulillah..tu yg rasa seronok nak share tu. Hari ni baru received call dari bank...saya berjaya dapat satu Item tender lagi..Alhamdulillah..rezeki bulan september plak. TENDER BULAN OGOS. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN.EMAS PUN DAH SAYA JUAL ANTARA EMAS LELONG YANG BERJAYA DIMENANGI..DAH ABIS DI JUAL! Kenapa Bank Rakyat lelong Emas Lelongan awam ni dijalankan oleh Bank2 Rakyat yang menawarkan khidmat Arrahnu. Emas ni kena lelong sebab penggadai2 emas tersebut tak mampu nak tebus @ tak mampu langsung nak bayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh Arrahnu mengikut masa yang ditetapkan. So, untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada penggadai,pihak bank akan m...

CARA MENGIRA SUSUT NILAI EMAS (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam semua. For this entri..saya nak sambung share dgn anda tentang tips nak trade in emas @ cashkan emas anda. For those yg belum baca Part 1(klik Sini) ,sila baca dulu..sebab pengiraan kita kat bwh nanti..adalah sambungan dari contoh kiraan saya dalam Part 1. Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat Berdasarkan pengiraan saya pada entri part 1, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.  Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195 Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020 Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai) Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 1...