Skip to main content

KESILAPAN PELABUR EMAS

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas iaitu tentang kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau kita ada ilmu. Untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan kesilapan2 tu berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

1. Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

2. Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

3. Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

4. Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

5. Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
 
6. Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
7. Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

8. Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

9. Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

10. Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

Comments

ARTIKEL POPULAR

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

MERANCANG KEHAMILAN (FAMILY PLANNING) DENGAN JAMU MAAJUN ANGGUN BISTARI

Untuk entry kali ni saya nak share satu info yg mungkin berguna buat all mommies out there yg sdg memikirkan tentang "Family Planning". Asik citer pasal emas je..so yg ni kita story pasal "Puan-Puan". Serius..tentang title entry ni..kali pertama saya baca ayat "MERANCANG KEHAMILAN DGN JAMU"....iye ke ni?! Macam tak percaya...!! Jom baca pengalaman saya sendiri..! Ye la kan, selama ni saya merancang guna pil perancang. Tapi selepas saya deliver anak yg ke 5, saya rasa saya dah tak mau makan pil perancang lagi. Tapi saya pun tak nak pregnent lagi. Macam mana ye..nak pakai IUCD eii saya ngeri la nak masukkan benda alah tu kat dlm "tuuut" tu. Nak pakai implan plak...ngeri jugak...masa nak suntik implan tu takde la ngeri sgt, tapi ngerinye masa nak keluarkan implan tu nanti. Macam foto kat bawah ni..ngeri kan. Takut mak kalau kene macam ni Pil plak..saya dah tak nak lagi...sebab sepanjang saya makan pil perancang dulu..ada la jugak side effect ...

PELABURAN EMAS: KAEDAH DELAY STOCK PRO & KONTRA

Bismillahirrahmanirrahim Agak lama saya tak buat posting pasal emas. Bukan bermakna saya dah tak terlibat dengan emas ni lagi..masih aktif lagi ya. Cuma byk perkara2 lain yg memerlukan komitmen lebih dari berblog tentang emas.  Harga emas sepanjang tahun 2013, kalau kita perhatikan betul2 pergerakan agak agresif. Di satu masa Graf pergerakan harga akan naik mencanak sehingga 20-30 mata dan di satu saat harga emas tiba2 akan turun dengan tak disangka2. Secara purata pergerakan trend harga 2013 adalah "bearish" dalam erti kata lain, trend menurun. Bagi pelabur emas tegar sudah tentu dia akan dapat memanfaatkan situasi turun naik ini sebaik mungkin. Untuk entri ni saya nak share tentang konsep "Delay Stock" yang saya rasa sudah semakin popular dikalangan pemain-pemain emas. Skill bermain emas yang telah di retrokan dan di beri nafas baru. Apa itu Delay dan mengapa Delay? Konsep ni saya rasa sgt sesuai bagi org2 yang nak invest dlm emas dan sesuai bagi mereka yan...