Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum buat semua!
Lamanya tak update blog. Sibuk raya..open house..kenduri..dan urusan macam2 lg. Baru hari ni terasa nak jenguk blog, itu pun sebab tak boleh nak tido malam2 ni, kerana teringat sesuatu yang benar2 menyentuh hati nurani saya. Saya terasa nak share pulak dgn penjenguk2 dan pembaca2 yang sudi singgah di blog saya ni. Tapi bukan lah nak share pasal emas...nak share berkenaan pengalaman sendiri yang pernah berlaku ke atas family saya. Setelah hampir setahun arwah Ayah pegi meningggalkan kami..baru lah rasa terbuka hati saya nak share pengalaman ini..tu pun setelah saya terdengar cerita ada juga saudara yang terkena sihir macam arwah ayah. Ye lah kan bila dah raya2 jumpa saudara-mara..baru lah terbuka cerita macam2. Cuma efek sihir itu je yg berbeza antara seseorang dgn org lain. Sihir ni dah macam kat hujung jari je.
Okeh..gambar kat bawah ni adalah gambar yang saya ambil setelah 2 minggu kematian ayah. Kalau tak berapa jelas..gambar tu ialah gambar cebuk air dan di dalamnya adalah garam kasar, limau nipis dan yang warna kuning tu ialah botol kecil (besar macam botol myk geliga@cap kapak) yang di balut dgn kain kuning dibahagian luar dan kain berwarna merah pada lapisan kedua. Sewaktu balutan botol ini dibuka, baunya mmg menusuk hidung. Botol ni kecil sgt, lubang botol pun kecil, tapi isi botol ni.. Masyaallah, 2 batang paku(rasanya pjg 2 inci), kapas, pinang, dan something yg panjang2 mcm akar@rambut(saya pun tak sure). Saya cuba nak upload video yang saya ambil..tapi tak tau la kenapa..tgh upload je..keluar error " ". Hampeh betul. Tak pe,lenkali cuba lagi. Ke salah method..ada sesapa leh share canner nak upload video dlm post
Saya betul2 tak sangka dan sgt terkedu sewaktu botol ini dijumpai tertanam di bahagian penjuru kiri halaman rumah dan segumpal rambut yang panjang tertanam di bahagian penjuru kanan halaman rumah. Apa yg lebih memusykilkan saya, kedua2 penjuru itu adalah kawasan bersimen dan kami terpaksa pecahkan simen tu untuk mengeluarkan benda2 tersebut. Persoalannya..macam mana la hamba Allah yang zalim ni boleh tanam benda2 ni di kawasan rumah saya.
Sewaktu ayah mula2 jatuh sakit, saya benar2 menyangka penyakit beliau disebabkan darah tinggi & strok. Beliau tidak mampu untuk bercakap dan separuh badannya lumpuh. Tetapi Alhamdulillah..para doktor di hospital mengatakan beliau berpeluang untuk sembuh dgn terapi2 yang di jalankan oleh pihak hospital,cuma andainya beliau boleh berjalan..mungkin lah tidak sekuat seperti sediakala. Lagipun sewaktu saya membawa arwah ayah ke hospital utk menjalani terapi, ramai pesakit yang terkena strok seperti beliau..dan Alhamdulillah selepas beberapa kali menjalani terapi..juga beberapa urutan tradisional..mereka mampu pulih dan berjalan semula. Berbeza pulak dgn ayah..wlwpun setelah berkali2 menjalani terapi di hospital..ayah masih tiada perubahan..hinggakan beliau sendiri sudah mula bosan dan marah2 setiap kali terapi. Akhirnya sehingga sesi terapi di hospital tamat..ayah masih seperti itu. Juruterapi kata ayah malas nak terapi, tp ayah kata terapi tu menyebabkan dia lagi sakit. Entahla..saya pun rasa sama macam juruterapi. Astaghfirullah..
Berbeza pula dgn pengamal perubatan tradisional..hampir kebanyakan pengamal yang cuba merawat ayah mengatakan bahawa ada org berniat tak baik dgn ayah..dan seboleh2 nya hamba Allah ini mahu sampai habis nyawa. Ya Allah...zalim sungguh hambaMu itu. Samala macam membunuh tapi cara halus. Wlwpun begitu, saya masih lagi dlm keadaan percaya dan tidak, hinggakan kadang2 saya cuba juga paksa agar ayah melakukan exercise supaya beliau boleh sembuh dan berjalan...Astaghfirullah...kejamnya saya kerana tidak memahami penderitaan dan kesakitan beliau. Tapi sebagai anak, semestinya saya mahu ayah sembuh. Ya Allah saya tak mampu nak coretkan disini..kerana emosi saya cukup terganggu dan tak mampu menahan air mata apabila terkenangkan segala penderitaan dan kesakitan beliau. Semoga Ayah tenang di sana- AlFatihah
Apa yang saya sgt2 kesalkan perkara2 sihir ini masih lagi wujud dikalangan masyarakat Islam di zaman moden ini. Sekiranya terdapat perselisihan pendapat,terlanjur kata..perbuatan..apa salahnya kalau kita maaf kan dan selebihnya serahkan kepada Allah, tak perlu sampai nak sihir menyihir.
Buat ibu..berjuta tahniah kerana berjaya menjalani ujian Allah ini, menjaga dan menemani ayah hingga ke hujung nyawa beliau wlwpun saya tahu mmg hebat dugaan itu. Samada lulus dgn cemerlang dgn A++, @ sekadar B, C,D..terserah kepada Allah yang menilai. Usah lah di kenang perkara yang lepas.
Buat hamba Allah yang telah berlaku zalim ke atas Ayah, kami sekeluarga redha dan maafkan anda.Saya doakan agar anda mendapat petunjuk agar tidak melakukan kezaliman yg serupa ke atas hamba Allah yang lain. Tak pe la mahkamah dunia anda lepas, tapi ingat lah mahkamah Allah.
Buat pembaca yg sudi membaca, ingatlah.sentiasa lindungi diri dari kejahatan makhluk, jin dan syaitan dgn yakin perlindungan dari Allah. Amalkan ayat kursi, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas..amalkan sentiasa dan fahami maksudnya serta yakin kekuatan kalam2 Allah ini. Tak lupa juga sekiranya anda ada masa, amalkan lah membaca Ma'thurat pagi dan petang setiap hari. Insyaallah anda akan rasai kekuatannya. Akhir kata segala yang baik itu adalah dari Allah, dan yg buruk itu adalah dari saya sendiri. Maafkan saya..hajat nak cerita panjang..tapi tak mampu nak teruskan entry ni..terlalu sedih. Assalamualaikum....
Artikel Berkaitan :
Comments
Post a Comment