Bismillahirrahmanirrahim..
Salam semua. For this entri..saya nak sambung share dgn anda tentang tips nak trade in emas @ cashkan emas anda. For those yg belum baca Part 1(klik Sini),sila baca dulu..sebab pengiraan kita kat bwh nanti..adalah sambungan dari contoh kiraan saya dalam Part 1.
Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat
Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020
Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)
Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai setelah tolak kos upah- 2975-100 =2875
Jumlah gram emas baru = 2875/175 = 16.43 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)
Bagaimana?? Anda faham tak maksud saya. Pertamanya..emas anda yg 20 grm tu..dah susut beberapa gram la kan. Keduanya, wlwpun nilai emas di kedai B lebih rendah berbanding kedai A, tapi kedai B anda boleh dapat jumlah gram yg lebih banyak dari kedai A..betul tak?. Ketiga..kos upah juga memainkan peranan dlm menentukan jumlah gram anda. Kos upah sesuatu kedai adalah berbeza. Kadang2 design sama tapi kos upah ada yg mahal ada yg murah. Lg murah kos upah..lagi byk jumlah gram emas baru yg anda boleh dapat. Kalu kos upah lg mahal..maka sikit la jumlah gram yg anda dapat sebab nilai emas tu nak cover kos upah emas yg baru tu..betul tak.
Bagaimana kalau emas baru anda lagi berat gramnya?
Katakan emas baru yg anda pilih lagi berat dari jumlah gram yg sepatutnya anda dapat, berapa pula nilai yg anda kena top up? Jom kira..andaikan emas baru yang anda pilih beratnya 19 gram dan kos upah RM 100
Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai Emas Baru - (19grm x 195)+ 100 = RM3805
Jumlah Nilai kena Topup - 3805-3120 = RM685
Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai Emas Baru - (19grm x 175)+ 100 = RM3425
Jumlah Nilai kena Topup - 3425-2975 = RM450
Macam
mana? Faham...maknanya anda kena byr lebih utk gram yang sama di kedai A
berbanding kedai B sebab harga jual semasa di kedai A adalah tinggi
dari harga kedai B.
Macam mana pula kalau nak tukar dgn cash
Kalau
anda berhasrat nak cash kan emas anda...biasanya susut nilai yg
dikenakan adalah tinggi berbanding susut nilai trade in...kenapa?? Saya
pun tak tau kenapa kedai buat rules camtu. Cara nak kira sama je macam
nak kira nilai susut nilai dekat entri Part 1 cuma tukar peratus susut
nilai tu je. Bagi saya kalau anda nak cash kan emas anda survey la dulu
pada mana2 tempat @ individu yg boleh offer harga tertinggi utk emas
anda
Macam mana pula kalau trade in @ cash kan emas dgn saya?
Senang
je..biasanya saya akan ikut indeks emas Malaysia, ikut harga belian
emas terpakai. Harga biasanya berubah setiap hari, kalau indek emas
naik, maka tinggi la harga saya offer, kalau indeks turun maka rendah la
harganya. Anda boleh direct check dgn saya by sms or just call.
Insyaallah later saya akan publish dekat blog...cuma skrg belum ada
kesempatan lagi untuk create satu page special for used gold..Insyaallah
dlm my next plan.
Kesimpulan
Pendapat
10 sen saya..kalau anda bercadang nak tukar emas lama anda pada yang
baru, anda harus ingat..jangan pandang nilai dalam RM saje ye..tapi
berapa gram emas baru yang anda boleh dapat @ anda kena lihat berapa gram emas lama anda tu hilang.
Kalau rajin cari la tempat yg offer susut nilai yg terendah. Sama juga
kalau nak cash kan emas anda..cari lah plak yg offer harga tertinggi
tapi kalau anda bercadang nak tambah gram emas anda...cari lah yg boleh
offer harga terendah...pilihan di tangan anda..so..renung2kan dan
selamat beramal...okeh..habis juga entri Part 2 saya..ni la post
terpanjang pernah saya buat kot..hehe..happy reading!! Kalau bermanfaat silakan share.
Artikel Berkaitan:
- CARA MENGIRA SUSUT NILAI EMAS (PART 1)
- BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN,POHKONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE
- KENAPA BELI EMAS ADA KOS UPAH
info yang berguna... selam ni x tau pun pa yg ditambah tolak ketika membeli emas... pemyampaian yg rindkas tp mudh difahami.
ReplyDeleteThank you.useful info.sy nak trade in emas yang sy pakai.tapi mencari resit beli xtahu letak dimana.mcamna kita nak pastikan berat emas kita xditipu ya semasa trade in.tq
ReplyDelete