Skip to main content

CARA MENGIRA SUSUT NILAI EMAS (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam semua. For this entri..saya nak sambung share dgn anda tentang tips nak trade in emas @ cashkan emas anda. For those yg belum baca Part 1(klik Sini),sila baca dulu..sebab pengiraan kita kat bwh nanti..adalah sambungan dari contoh kiraan saya dalam Part 1.


Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat
Berdasarkan pengiraan saya pada entri part 1, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda. 

Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020
Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)

Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai setelah tolak kos upah- 2975-100 =2875
Jumlah gram emas baru = 2875/175 = 16.43 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)


Bagaimana?? Anda faham tak maksud saya. Pertamanya..emas anda yg 20 grm tu..dah susut beberapa gram la kan. Keduanya, wlwpun nilai emas di kedai B lebih rendah berbanding kedai A, tapi kedai B anda boleh dapat jumlah gram yg lebih banyak dari kedai A..betul tak?. Ketiga..kos upah juga memainkan peranan dlm menentukan jumlah gram anda. Kos upah sesuatu kedai adalah berbeza. Kadang2 design sama tapi kos upah ada yg mahal ada yg murah. Lg murah kos upah..lagi byk jumlah gram emas baru yg anda boleh dapat. Kalu kos upah lg mahal..maka sikit la jumlah gram yg anda dapat sebab nilai emas tu nak cover kos upah emas yg baru tu..betul tak.

Bagaimana kalau emas baru anda lagi berat gramnya?
Katakan emas baru yg anda pilih lagi berat dari jumlah gram yg sepatutnya anda dapat, berapa pula nilai yg anda kena top up? Jom kira..andaikan emas baru yang anda pilih beratnya 19 gram dan kos upah RM 100

Kedai A--> RM3120 dan Harga Jual RM 195
Nilai Emas Baru -  (19grm x 195)+ 100 = RM3805
Jumlah Nilai kena Topup -  3805-3120 = RM685

Kedai B--> RM2975 dan Harga Jual RM 175
Nilai Emas Baru - (19grm x 175)+ 100 = RM3425
Jumlah Nilai kena Topup - 3425-2975 = RM450


Macam mana? Faham...maknanya anda kena byr lebih utk gram yang sama di kedai A berbanding kedai B sebab harga jual semasa di kedai A adalah tinggi dari harga kedai B.

Macam mana pula kalau nak tukar dgn cash
Kalau anda berhasrat nak cash kan emas anda...biasanya susut nilai yg dikenakan adalah tinggi berbanding susut nilai trade in...kenapa??  Saya pun tak tau kenapa kedai buat rules camtu. Cara nak kira sama je macam nak kira nilai susut nilai dekat entri Part 1 cuma tukar peratus susut nilai tu je. Bagi saya kalau anda nak cash kan emas anda survey la dulu pada mana2 tempat @ individu yg boleh offer harga tertinggi utk emas anda

Macam mana pula kalau trade in @ cash kan emas dgn saya?
Senang je..biasanya saya akan ikut indeks emas Malaysia, ikut harga belian emas terpakai. Harga biasanya berubah setiap hari, kalau indek emas naik, maka tinggi la harga saya offer, kalau indeks turun maka rendah la harganya. Anda boleh direct check dgn saya by sms or just call. Insyaallah later saya akan publish dekat blog...cuma skrg belum ada kesempatan lagi untuk create satu page special for used gold..Insyaallah dlm my next plan.

Kesimpulan
Pendapat 10 sen saya..kalau anda bercadang nak tukar emas lama anda pada yang baru, anda harus ingat..jangan pandang nilai dalam RM saje ye..tapi berapa gram emas baru yang anda boleh dapat @ anda kena lihat berapa gram emas lama anda tu hilang. Kalau rajin cari la tempat yg offer susut nilai yg terendah. Sama juga kalau nak cash kan emas anda..cari lah plak yg offer harga tertinggi tapi kalau anda bercadang nak tambah  gram emas anda...cari lah yg boleh offer harga terendah...pilihan di tangan anda..so..renung2kan dan selamat beramal...okeh..habis juga entri Part 2 saya..ni la post terpanjang pernah saya buat kot..hehe..happy reading!! Kalau bermanfaat silakan share.

Artikel Berkaitan:

Comments

  1. info yang berguna... selam ni x tau pun pa yg ditambah tolak ketika membeli emas... pemyampaian yg rindkas tp mudh difahami.

    ReplyDelete
  2. Thank you.useful info.sy nak trade in emas yang sy pakai.tapi mencari resit beli xtahu letak dimana.mcamna kita nak pastikan berat emas kita xditipu ya semasa trade in.tq

    ReplyDelete

ARTIKEL POPULAR

Perbandingan Arrahnu - Xchange VS Bank Rakyat VS Agro Bank VS. Yapiem

Assalamualaikum... Rasa dah lama saya tak jenguk dan update blog ni. Nasib belum bersawang lagi. Sebenarnya banyak juga info yang saya nak update dlm blog ni, cuma tak berapa ada masa nak update blog ni. Tapi untuk entri ni saya nak share berkenaan perbezaan antara Arrahnu yang ada di Malaysia. Tapi saya akan khususkan hanya pada Arrahnu Xchange, Arrahnu Bankk Rakyat, Arrahnu Agro Bank dan Arrahnu Yapiem. Arrahnu yang lain2 saya tak berapa familiar. Kesemua Arrahnu yang saya sebutkan ni..fungsinya sama sahaja, cuma yang berbeza mungkin dari perlaksanaan servis yang ditawarkan kepada penggadai. Arrahnu Bank Rakyat Arrahnu Bank Rakyat adalah Arrahnu yang diuruskan oleh Bank Rakyat sendiri. Kebanyakan Bank Rakyat sememangnya ada menawarkan khidmat Arrahnu ini, hanya terdapat beberapa cawangan tertentu Bank Rakyat yang tidak mempunyai khidmat Arrahnu ini ( Mungkin bergantung pada lokasi dan kawasan bank).  Bank Rakyat menawarkan 65% pinjaman dari nilai marhun, dan sehingg...

BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..... Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).  PROMOSI EMAS WAH CHAN Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, ...

INDAHNYA SEBAGAI WAHM(FULLTIME HOUSEWIFE, PART TIME WORKING)

Bismillahirrahmanirrahim... WAHM @ Work At Home Mom..satu perkataan yang cukup popular & sgt trend sekarang. Zaman millenium ni saya rasa dah ramai ibu2 yg bekerja dari rumah. Maybe saya ketinggalan keretapi..WAHM..tapi Alhamdulillah...saya dah pun dapat title WAHM. Kalau dulu ibu bekerjaya adalah trend, tapi sekarang WAHM mmg trend. Kalau dulu pagi2 nak rushing anak2..angkut ke rumah babysitter, rush siapkan anak2 yg sekolah lg..kita lagi nak get ourself ready...mana takut jammed lg nak pg kerja..oohh..semua tu dah berlalu. Now saya dah tak payah pening2, rushing2 bagai...satu perasaan bahagia..bila pagi2 dapat tgk muka my baby tido..dgn bahagia..sweet..dapat berjimba2 mcm tu disaat org lain sibuk2 nak ke opis.. Belajar Sampai  Universiti..tapi duduk rumah je?! Bila saya berhenti kerja..tak kurang jgk yg sibuk.."Belajar sampai masuk U..takkan dok rumah je..rugi la". Kenapa ye..kalau belajar sampai dapat degree bagai..mesti keje opis, keje gomen, keje makan gaji..ke...

KEUNTUNGAN DENGAN TEKNIK OVERLAP ARRAHNU

  Salam semua, Kali ni saya nak share pasal pajak emas dan overlap. Sama je konsepnya macam kita overlap hutang kat  bank. Overlap ni kalau kena waktu dan cara yang sesuai memang boleh buat side income untuk kita. Cuma saya tak berapa pasti sampai berapa kali kita boleh overlapping dan berapa lama pula bank boleh simpan barang kemas kita tu. Tapi berdasarkan cerita sahabat ibu saya, beliau dah hampir 5 tahun pajakkan emasnya dan berkali-kali overlapping sampai boleh buat income. Bayangkanla emas yang beliau ada lebih 400 gram. Sekiranya kenaikan harga RM 5 setiap gram..beliau dah untung RM 1400 ((5 x 400) x 70%). Dan setelah ditolak kos upah simpan, masih ada lebihan yang boleh diambil dari bank. Macam mana nak buat overlap ni ye ? Mudah saja..seperti yang saya dah share dalam artikel Apakah Arrahnu , tempoh gadaian untuk setiap barang yang di pajak adalah 6 bulan. Andaikan kita pajakkan 50 gram barang kemas pada bulan Januari dan harga pajak di bank sewaktu kita pajak adalah ...

GOLD BAR & DINAR

Kami merupakan dealer Sri Ayu Fine Gold. Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd 941250-v telah ditubuhkan pada tahun 2011. Ia merupakan syarikat Sri Ayu ketiga selepas Kedai Emas Sri Ayu Sdn Bhd dan Kedai Emas Sri Ayu Satu Sdn Bhd .Selama hampir 20 tahun di dalam industri emas, ia merupakan rangkaian kedai emas terbesar dimiliki oleh 100% Bumiputera (Muslim & Melayu). Sri Ayu menawarkan Sri Ayu Gold Bar dan Dinar Emas Mekah  pada harga yang paling kompetetif bagi memastikan pelanggan-pelanggan mendapat keuntungan menyimpan emas dalam tempoh masa yang minima. GOLDBAR (999) Goldbar Sri ayu 5 gram Sri Ayu menawarkan produk Goldbar berketulinan 999 (24k)  dengan pilihan berat dari 5 gram,10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram dan setiap goldbar ini disertakan dengan sijil ketulinannya bersama.                    Sijil Ketulinan Goldbar Sri Ayu GOLDBAR 999 GOLD ...