BEZA BELI EMAS DI WAH CHAN, POH KONG, KEDAI EMAS BIASA @ EMAS ONLINE

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.....

Untuk entry kali ni saya rasa terpanggil nak menulis tentang isu-isu biasa yg timbul dalam jual beli emas ni. Lately ada diantara customer saya yang bercakap tentang promosi emas WAH CHAN, dan tak kurang juga yg bertanya tentang sesetengah kedai yg mempamerkan harga yang murah. Tak dapat di nafikan, saya sendiri selaku pelabur, pembeli  dan penjual sudah pasti akan cuba mendapatkan harga terbaik di pasaran supaya pembelian, pelaburan dan perniagaan saya adalah berbaloi-baloi. Tapi nasihat saya sebelum tu survey dan pastikan anda membuat pembelian yang bijak. Okey saya ada story nak share dan ini mmg experience saya sendiri...jom baca :).




PROMOSI EMAS WAH CHAN

Sempena nak raya ni agak menarik juga promosi yang WAH CHAN buat. Sampai kan ibu saya sendiri juga tertarik nak pergi ke outlet WAH CHAN.Sebelum saya terlibat dgn bisnes emas ni, saya dulu pun memang regular customer WAH CHAN. Tapi sejak dah celik emas ni, saya tak lagi beli kat dorang. Walaupun saya sendiri penjual emas, tapi saya tak kan push2 org beli dgn saya..pilihan di tangan pembeli. Untuk memuaskan hati ibu..pada hari Sabtu (28/7/2012) saya sendiri bawa ibu ke outlet WAH CHAN dan  bertanya tentang promosi yang di war war kan..ape dia promosi tu?

1) Tukar beli emas lama 100% tanpa susut nilai dgn nilai belian 165++. Menarikkan? siapa  taknak...offer takde susut nilai, dapat beli brg pd harga RM 168 segram. Tapi offer ini adalah untuk pembelian barangan berlian sahaja..hahhaha..ibu saya terpercaya dgn iklan menarik ni. Tapi kalau nak trade in emas lama dan beli emas 916 @ 999 susut nilai adalah 20% dan harga jualan sekarang adalah RM 185/g (harga yg ditetapkan fgjam). Now ni, as @ Nov 2012 harga pasaran adalah RM 195/grm

2) Promosi Tanpa Kos Upah. Yang ni pun menarik..takde kos upah tukang emas. Ye lah harga kos upah je dah cecah ratus & kdg2 boleh cecah harga segram emas. Tapi promosi ini hanya jika anda beli barangan 20 gram ke atas, yang mana jika item pertama anda beli berat 20 grm, item kedua dan seterusnya tidak dikenakan kos upah. Kalu budget anda mmg banyak..boleh la beli item 20 grm dulu which cost about RM3700 ( 185 X 20), tu tak termasuk kos upah lagi

3) Promosi trade-in susut nilai 15% . Yang ni pun menarik..sebab kebanyakan kedai susut nilai brg trade adalah 20%~25%. Tapi rupa-rupanya bila saya tanya 15% tu hanya untuk 5 grm pertama sahaja, grm seterusnya susutnilai macam biasa.

4) Promosi beli satu percuma satu. Yang ni lagi la menarik..sape tak nak emas percuma. Tapi promosi ni adalah untuk cincin zirconia( Cincin yang ada batu @ permata). Biasanya cincin yang ada batu permata ni adalah emas 750, sbb emas 916 tak cukup kuat untuk ikat batu pada cincin. Ada juga 916 yg ada batu..tapi tak byk, dan tak boleh la nak guna lasak2, nanti tercabut batu tu. Promosi beli satu percuma satu ni, anda boleh beli mana2 cincin zirconia dan dapat la percuma satu cincin 916 belah rotan. Siapa2 yang nak bertunang @ nak kahwin sesuai la guna promosi ni. Tapi harga cincin zirconia ni, tak dikira berdasarkan berat..harganya dah dikira tetap berdasarkan satu item dan harus anda tahu, harga yang kita bayar termasuk harga batu, tapi nanti bila kita nak trade in @ nak jual batu tu dah tak dikira,emas saja yg dikira..dah rugi...kecuali lah batu tu adalah batu permata @ berlian. Cincin yang ada batu ni pun Arrahnu tak terima. Kalau nak pajak, kena cabut dulu batu tu.

Apa yang bestnya..hari tu, saya sekadar bertanya kalau saya trade in brg 100g berapa gram brg baru yang saya boleh dapat. Jawapan yang Sales person tu bagi ialah : >< 80 g, tu blm termasuk kos upah lagi.
So..soalan saya: Sikitnye..20 grm ilang. Brp susutnilai u kira?
       Salesman : lebih kurang 18% saja (dlm hati saya..kalu 18% aku boleh   
                       dapat 82 grm)
       Saya: Ya ka..1 grm brapa u kira?
       Salesman: Aiyoo u tak tau kira punya (Dlm hati saya.ish..igt aku bodo ke)
       Saya: Kalau saya nak tukar dgn cash tak mau tukar dgn brg, macam      
                mana kira
       Salesman: Angkat cash susut nilai 30% boleh angkat RM 12950 ( Ayooo  
                      murahnya dorang amik,sdgkan kalu saya jual pd pembeli lebur 
                      saya bleh dpt harga RM 14500)

Strory kat atas ni sekadar pengalaman saya sendiri je..sila kunjungi outlet berhampiran anda untuk lebih kepastian. Dan sila betulkan mana2 pernyataan saya yang salah supaya kita boleh sama2 share.. ;)


KEDAI-KEDAI EMAS LAIN YANG TAKDE BRAND

Kedai-kedai yang takde brand ni macam kedai emas persendirian, yang turun temurun atau online mcm saya.
Contoh mcm Kedai Emas Jelita, Poh Chan Tukang Emas, Kedai Emas Arunamari..dan byk lagi la..kedai2 macam ni kadang2 ada yang jual murah 2~5 ringgit dari market. Kos upah juga agak murah berbanding Wah Chan, Poh Kong, Tomei sbb kedai2 macam ni takde nama besar macam Poh Kong. Promosi pun tak boleh la nak buat macam kedai2 Emas besar dan ternama. Tapi anda harus cek juga,takut2 bukan emas 916. Mcm ibu saya, sblm ni kbyakan emas yg beliau beli di tanda dgn cop tulisan cina, yang mana jatuh jadi emas pound.
(Gred emas ikut mutu :- 999, 916, 835,pound, 750). So careful ye. Anda boleh cek cop emas ni pd cangkuk rantai, bahagian dlm cincin atau gelang.


KEDAI EMAS ONLINE

Macam kedai emas online saya, tapi saya prefer cover kawasan klang valley. Senang saya boleh jumpa customer, dan customer boleh cek, cuba dan tgk sendiri barang tu.Kalau berkenan baru deal untuk beli. Maybe ada kedai online yang offer harga lagi murah dari saya. Tapi tgk juga lokasi,kalau jauh dan pakai pos sahaja... buatnye item yang anda beli tu masa tgk gambar cantik, tapi bila brg dah sampai..rasa mcm tak cantik plak di tangan @ leher..kan ke tak best tu.  Selain itu sebab harga emas pun mahal sekarang, anda juga boleh bayar ansuran dgn saya. Harga tetap sama dgn harga waktu anda booking dgn saya. Cuma barang saya akan serah pada anda lepas anda habis bayar la. Kalau anda berminat boleh contact saya utk sebarang pertanyaan. Saya berblog pun bukan sekadar utk bisnes saya je, tapi saya juga nak share knowledge dan bantu apa2 yg patut dgn anda. Sambil bisnes sambil buat kebajikan..boleh gitu ! Tapi kalau ada customer outstation yang berminat dan percaya dgn saya, saya alu-alukan. COD dgn pembelian 3000 ke atas kalau luar Klang Valley.

KESIMPULAN

1) Kalau nak beli emas pastikan anda dapat harga yang di jual di bawah harga FGJAM(refer web www.fgjam.org). Baru lah pembelian yang bijak dan berbaloi

2) Cek kos upah barang..sepadan ke dgn design. Kalau anda rajin survey, anda akan jumpa design yang sama tapi kos upah berbeza. So amik kos upah yg terendah.

3) Kalau trade in brg, pastikan anda tau value barang lama anda. Jgn angguk je bila org kasi harga.
4) Pendapat saya, kalau pembelian yang berbaloi tentulah yang murah dari harga pasaran..saya tak kira la emas  tu saya beli dari kedai yg takde brand ke asalkan kita tau mutu brg yang dibeli (916 / 999). Sebab emas Wah chan ke, Poh Kong ke, online ke, emas kedai saya ke...ianya tetap emas..dan bila saya pajak atau jual semula ia tetap di terima. Cuma bezanya adalah nilai sewaktu kita beli..samada nilai yg berbaloi @ tak..
So apapun yang kita nak buat atau beli yang penting mesti ada info dan skit knowledge, baru lah menang membeli menang memakai :) .Before end, check out mcm mana anda boleh dapat barang berharga RM1,875 dengan semurah RM 9.90 je,info lanjut boleh Tengok Sini ye..ok babai..




36 comments :

  1. Replies
    1. Ur welcome cik SalmahJ...tq for reading :-)

      Delete
    2. cute mama,berapa harga rt033 dan rt035? tq~

      Delete
    3. Anonymous..utk kod RT033 & RT035...price dlm RM 1200++..berat dlm 7.0-7.2 grm...tq

      Delete
  2. Salam kenal,
    Baru jumpa blog ni, menarik. emak baru cerita pasal WAH cHAN. ENGKAU beli kat wah chan, beli satu dapat lagi satu! saya tak faham sebenarnya...boleh cerita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mama ju, saya dah edit dan masukkan kat atas tu boleh baca kat atas ye..saya terlupa pulak pasal promosi beli satu percuma satu ni. Tq sbb tanya..terus saya edit dan update entry ni

      Delete
  3. INFO YANG MENARIK

    ReplyDelete
  4. Tq for the info. Baru je cadang nk bli emas. Kna hati2 la pas ni.

    ReplyDelete
  5. tq info tu. mmg sangat berguna bagi kami 2 org 2 perempuan ne. saye harap dapat info yang terkini berkaitan barangan emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..happy dapat share with others

      Delete
  6. boleh share pasal pembeli lebur tak n mcm mane nak cari pembeli lebur harap cutemama dapat terangkan lebih lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembeli lebur..ada byk..boleh google je membeli emas terpakai..saya sendiri pun dah jadi pembeli lebur tegar..hehe..kalu nak jual emas lama2 jual dgn saya pun boleh

      Delete
    2. jual emas lebur maksudnya kita jual barang kemas kita,cash kita dapat ikut harga emas semasa tetapi ada susut nilai,camtu ker..?susut nilainya ada standard jugak ker..?

      Delete
  7. sis, nk tnye.ari tu mase cousin sy tunang dia dpt cincin emas 375 yg ada permata..actually tunang dia xtau y tu bkn 916.beli kt pohkong..tp lam 5ratus ++ jugak la..tp sy ade tbaca y cincin 375 ni suasa je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasa 585..kalu 375 tu lagi bwh dah jadi emas putih tu..mmg value paling rendah

      Delete
  8. sis,,,,nk tny mcm mne nk tgok btul2 sma ad emas 916 tu ori or x,,,,sy confius,sy pun ad gok brg emas skit sbb tkut terdesak nk pkai duit nk gi pajak.

    ReplyDelete
  9. Kalau ada cop tulisan cina jadi emas pound maksudnya apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cop tulisan satu huruf cina..takde lain2 tulisan..mean itu emas 835/poun..tapi sekarang dah jarang ade emas jenis ni..coz persatuan dah control..sekarang semua dah ada cop tulis 916/999/750

      Delete
  10. Salam.. RT032 harga brapa yer..

    ReplyDelete
  11. Kenapa emas paun skrg ni dikontrol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb semua peniaga dah jual 916 skrg, kalau ada pun usedgold...from those yg trade in emas lama2..then emas tu akan dilebur semula..design balik jadi emas baru..emas 916/999

      Delete
  12. Sebab 2 sya x prnah beli emas kt Wah Chan....tgk kwn pakai skjap je dh hitam/gelap!!!! Jamu mata bolh le!!!

    ReplyDelete
  13. Misss.. t.q 4 info... sy nk trade in gelang nikah sy.. ermmm..dlu bli ikot bgjet kn, so skg husb ckp tukar la paten line.. mis terima trade in x.. klu sy nk bli.,, blh jumpe ke??

    ReplyDelete
  14. Q & A : NMG Networks

    Q : NMG ni apa?
    A : NMG - maksudnya NEXT MILLIONAIRE GROUP... sebuah platfrom penyampaian maklumat secara talian yang dikendalikan oleh Creative Greate Service.

    Q : Berapa bayaran pendaftaran?
    A : Perlu pilih pakej untuk berdaftar....
    BRONZE (RM40) = pulangan balik RM146
    SILVER (RM80) = pulangan balik RM292
    GOLD (RM120) = pulangan balik RM438

    Q : Apakah BONUS POOL???
    A : Pool bermaksud tabungan.... Bonus ini diberi hasil dr keuntungan semasa syarikat yg akan di agih sedikit demi sedikit dr masa ke semasa hingga penuh pulangan seperti yg dijanjikan... (cth : daftar pakej Bronze (RM40) - pulangan RM146) Apabila pulangan dah dpt penuh, proses ni akan berulang lagi dgn sendirinya tanpa perlu kita beli pakej sekali lagi!!!

    http://nmgnetwork.com/irrusydidee

    ReplyDelete
  15. SALAM , HARGA MAS PADA HARI INI BERAPA?

    ReplyDelete
  16. assallamualaikum..
    TOLONG SESIAPA ALERTA PADA SAYA KENAIKAN HARGA EMAS..THANKS

    ReplyDelete
  17. dimana boleh saya jual emas bar 100g 999/9 dengan harga yang lebih baik dan berapa anggran harganya

    ReplyDelete
  18. Slm nk tnya ada lg x rantai padu rsl005

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aida hamzah
      RSL005 ada lg price dlm 600 lebih
      RST13 price dlm RM1130
      Kndly wasap/viber/sms to 019-3679451 for detail

      Delete
  19. as salam, nak tanya harga emas bole tgk kat man ye admin

    ReplyDelete
  20. Salam...nk tya antara jual n trade in mna mahal lagi harga nya?atau sama je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trade in biasa susut nilai rendah sikit, kalau jual amik cash susut nilai tinggi antara 25-30%

      Delete
  21. salam..hari ini emas segram brapa harga?

    ReplyDelete
  22. salam...tumpang Tanya..kenapa harga emas di Kelantan lebih mahal..apakah perbezaannya

    ReplyDelete